KEPENTINGAN MAGNESIUM SEMASA HAID

Anda Nak tau apa pentingnya magnesium masa haid?

Adakah anda dah cukup magnesium dalam diet harian? Ramai yang kekurangan magnesium tapi sebenarnya tak sedar, atau tak pernah cek.

Sebenarnya magnesium sangat penting untuk kesejahteraan kita, kaum wanita.

Magnesium ialah superhero untuk masalah2 berkaitan dengan PMS (masalah masa haid la)

1. Sakit kepala semasa haid

Ada orang dia dah tahu sakit kepala dia sebab nak datang haid. Ada kajian menunjukkan pengambilan magnesium setiap berkesan mengurangkan atau mencegah sakit kepala masa haid.

Sebab tindakan hormon boleh merendahkan magnesium & magnesium sangat membantu orang yang sering migrain.

2. Kejang – terutamanya bahagian perut

Senggugut sebenarnya disebabkan oleh kekejangan otot rahim, jadi magnesium membantu dengan merelakskan otot & mengurangkan kesakitan.

3. Mengidam makanan manis

Familiar tak? Masa period terus rasa nak makan manis. Walaupun kita rasa nak makan sangat coklat tapi sebenarnya badan meraung tak cukup magnesium. Dark coklat pilihan terbaik masa period sebab tinggi magnesium dan antioksida. Wow, boleh juga makan coklat.

4. Hormon gembira

Pernah dengar wanita berperangai pelik2 masa period? Paling pelik saya pernah dengar nak potong wayar TV. Tiap2 bulan kena standby wayar baru.

Adakah anda tahu magnesium boleh bantu tingkatkan hormon gembira, iaitu serotonin.
Jadi serotonin bantu untuk seimbangkan mood & emosi.

Selain itu, magnesium membantu kurangkan kelesuan, bantu tidur lebih lena & mengawal suhu badan.

Ini baru berkaitan haid. Kalau selalu ada masalah2 di atas, cuba lah cukupkan magnesium dalam pemakanan harian sis. In the end, sis juga yang akan rasa sangat2 lebih baik.

Perkongsian dari FB Doktor Fyda Noh