JENIS JENIS PENYAKIT TIBI

Tibi atau Tuberculosis ialah penyakit jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis.

Tibi ini secara mudah ada 2 jenis:

1- Pulmonary Tibi
2- Extrapulmonary Tibi

Pulmonary Tibi ( PTB) ialah majoriti (90%) kes kes Tibi, iaitu Tibi yang menjangkiti paru paru.

10% lagi kes Tibi dipanggil Extrapulmonary Tibi , melibatkan jangkitan di luar paru paru..contohnya pada tulang dan otak. Kes kes extrapulmonary Tibi ini biasa terjadi pada pesakit Tibi yg rendah sistem imun nya, seperti kanak2, pesakit HIV. Dan biasanya mereka bermula dengan PTB.

Untuk PTB pula, boleh di bahagi kepada 2 :

1) Latent Tibi
2) Active Tibi

Latent Tibi bermaksud pesakit dijangkiti, namun tiada simptom & tidak menjangkitkan Tibi nya.Ini kerana sistem imun badan bekerja untuk elak pembiakan bakteria Mycobacterium tuberculosis tu. 5 ke 15% mereka yg Latent Tibi, akan akhirnya tunjuk simptom Tibi ( dipanggil Active Tibi) bila sistem imun mereka terganggu, contohnya Diabetes tak terkawal, dapat rawatan steroid / chemotherapy.

Active Tibi ialah penyakit Tibi yang aktif, yg tunjukkan simptom tipikal seperti batuk yg kronik lebih 3 ke 4 minggu, batuk berdarah, demam berulang ulang, lesu, hilang selera & turun berat badan.Active Tibi boleh menjangkiti orang lain, menerusi udara ( apabila pesakit batuk, bersin, bercakap ).