Kakma suka baca tulisan dari mentor Bisness merangkap upline kakma master Lyna Noh mengenai erti Me-time , memang tak di nafikan kita sebagai seorang ibu dan isteri memang memerlukan me-time , tapi bagaimana kita enjoy me-time kita mungkin berbeza.
Jom baca tulisan beliau mungkin dapat membantu kita semua.
“Saya tak ada peluang pun nak keluar walaupun sekejap, adakah saya terus terperangkap dalam stress kerana tak ada me-time?”
Satu mesej singgah di inbox saya.
Beliau adalah seorang surirumah yang PJJ (suami bekerja di negeri yang jauh). Kelurga pun jauh. Saban hari beliau menjalankan rutin bersama anak-anak.
Stress. Ya, sangat stress. Tapi seolah2 tiada jalan. Untuk mengikut suami adalah tak mungkin kerana tugasnya di tempat yang ‘remote’.
Bagaimana nak me-time?
Sebab itu kita kena faham mitos2 me-time ni.
Kalau me-time itu keluar shopping, mungkin me-time bukan hilangkan stress, tapi bertambah stress bila duit makin susut’
Kalau me-time itu keluar minum2 dgn kawan, mungkin me-time tambahkan stress bila hati asyik risaukan anak yang ditinggalkan.
Me-time adalah masa-masa utk kita membelai diri kita. Masa kita luruskan apa yang patut diluruskan. Masa kita kembalikan semula siapa diri kita yang sebenar.
Me-time adalah masa untuk kita slowdown, susun semula apa yang serabut dalam otak, luruskan semula perancangan2 dan rutin harian kita. Nikmati semula kehidupan kita sebagai DIRI KITA.
Lain orang lain cara me-time mereka. Ada orang me-time dgn bersosial. Ada orang me-time dgn bersendirian. Ada orang me-time dgn seseorang.
Kalau tak tahu cara me-time yang bagaimana perlu kita buat, sesuaikanlah dgn cara hidup masing2.
Jika tak boleh tinggalkan anak, samada tiada orang jaga atau tak sampai hati nak tinggal sejam dua, uols boleh buat aktiviti me-time dgn anak2 di depan mata. Anak2 kita ni, tidaklah 24 jam kita nak perhatikan dia saja kan? Ada masa dia tidur, ada masa dia main, ada masa dia rehat… semasa anak2 dalam situasi tak perlukan perhatian kita sangat, itulah antara waktu utk me-time.
Boleh buat apa? Baca buku, mengaji, baca Terjemahan, tengok movie, chitchat dgn kawan, mengait, menjahit, berkebun, lipat baju, bersenam… eh macam2 lah.
Me-time akan buat kita lebih menikmati kehidupan kita… bukan utk lari seketika dari kehidupan rutin. Lari lari pun tak ke mana, nanti kena balik juga. Stress balik.
Tapi macamana kalau tak sempat pun nak buat semua tu? Hari2 terkejar2.
Sebenarnya sendiri pernah alaminya. Saya rasa “TAK SEMPAT” “TAKDE MASA”. Dan bila kita rasa kita tak sempat, kita memang takkan sempat.
Dan akhirnya saya berfikir… “Sampai bila aku nak macam ni?” Ye lah asyik tak sempat aje kan.
So, saya tukar. “Sempat ni” “Masa tu ada”. Masha Allah memang sempat sangat2.
Sebelum ni mgkn tak sempat sbb asyik fokus ‘tak sempat’. Dan sebab rasa tak sempat tu, saya tak pernah sit back & relaks.. saya biarkan diri tenggelam dalam masalah tak sempat tu. Sampai tak sempat nak fikir pun.
Dan bila saya ambil masa, susun fokus dan fikir lurus2… sebenarnya banyak je masa! Ada je masa boleh diselit2. Dan akhirnya ia jadi biasa dah.
Ingat, tiada masalah yang kita hadapi ni tiada penyelesaian atau hikmahnya. Cuma mungkin kita tak nampak sbb kita rasa tak sempat nak belai diri sendiri.