Promosi Vivix Shaklee Jan 2019

PROMOSI VIVIX SUPER JIMAT JAN 2019

Anda ingin dapatkan Vivix dengan harga lebih jimat? Anda telah berjumpa orang yang tepat , saya Maisarah Id Shaklee 887111 adalah Pengedar Shaklee yang Sah sejak 2012. Saya telah berjaya menjual vivix lebih 100 botol setahun. Saya juga pengamal Vivix Shaklee sejak 2013.

Promosi Vivix Shaklee

Apa anda akan dapat Jika Vivix Sekarang? 

Dengan Pembelian 2 Botol Vivix.

  • Layak mendapat 10% Diskaun
  • Free Membership Bernilai RM65
  • Free Postage Bernilai RM10
  • Free Cooler Bag Bernilai RM29
  • Cash Back 5% Bersamaan RM34

 

Inilah yang Anda akan dapat selepas Pembelian 2 botol Vivix

Hubungi Saya Sekarang Untuk dapatkan Vivix dengan Harga Promosi

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi berlaku apabila darah yang mengalir di saluran darah (arteri) mempunyai tekanan yang lebih tinggi dari biasa.

Tekanan darah diukur melalui berapa jumlah darah yang di pam oleh jantung, berbanding berapa jumlah rintangan terhadap pengaliran darah di dalam arteri kita.

~Bacaan darah

Systolic Pressure:
Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg.

Diastolic Pressure:
Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 mmHg.

Bacaan tekanan darah ditulis dengan cara nombor Sistolik di atas nombor Diastolik. Contohnya, 118/75 mmHg. 118 ialah bacaan Sistolik, manakala 75 ialah bacaanDiastolik. Tekanan darah yang lebih tinggi dari 120/80 mmHg di kategorikan sebagai tekanan darah luar biasa.

Antara tanda-tanda individu yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah:
✅ Kerap sakit kepala
✅ Mudah penat atau keliru
✅ Masalah penglihatan
✅ Sakit dada
✅ Sukar bernafas
✅ Degupan jantung luar biasa
✅ Darah di dalam air kencing

Jika anda terdapat dalam tanda-tanda yang mempunyai tekanan darah tinggi lebih baik membuat pemeriksaan dn berjumpa doktor dengan segera.

Hidung Sering Tersumbat dan Berdarah Tanda Anda Terkena Kanser Hidung?

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di khabarkan menghidap Kanser Hidung. Apa itu kanser hidung?

Kanser hidung ni kanser yang terjadi di kawasan yang dipanggil Nasopharynx. Nasopharynx ialah kawasan di belakang tekak ( selepas rongga hidung, dan berhampiran dengan dasar tengkorak — rujuk gambar anatomi). Sel sel yang melaputi kawasan nasopharynx ini boleh bertukar menjadi sel kanser, dan terjadilah kanser nasopharynx.

Dalam istilah medical, ia dipanggil Nasopharyngeal Cancer, atau NPC.

NPC ialah kanser ke 5 yang biasa terjadi di Malaysia ( setelah kanser buah dada, kanser usus besar, kanser paru paru & kanser pangkal rahim, cervical cancer)

FAKTOR RISIKO NPC

Genetic factor:
NPC adalah rare di Barat. Namun ia sangat biasa di kawasan Selatan China ( Southern China), di Asia Tenggara, dan Utara Afrika. Utk kita di Malaysia, NPC paling biasa di jumpai buat mereka yang berketurunan Cina. Dan kaum Bidayuh di Sarawak juga di dapati berisiko untuk menghidap NPC berbanding kaum lain.

Virus factor:
Kajian mendapati, jangkitan sejenis virus yg dinamakan Epstein Barr Virus, EBV meningkatkan risiko NPC. Namun bukan semua yang pernah dijangkiti EBV akan develop NPC. Saintis percaya ada antara mereka yg dijangkiti EBV, telah diganggu DNA sel nasopharynx mereka.

Environmental factor (Persekitaran):
– Merokok, alcohol.
– Gemar ,makan ikan & sayur yang di awet, seperti ikan masin, sayur jeruk. Makanan sebegini mengandungi bahan yang dipanggil Nitrosamines, yang mana nitrosamine ialah Carcinogen. Apa itu carcinogen? Carcinogen ialah bahan yang berupaya mengakibatkan kanser.
Ada juga kajian menunjukkan kurang Vitamin C memainkan peranan.
– Occupational exposure, yakni pendedahan di tempat kerja seperti habuk kayu, asap, pun main peranan.

Umur & Jantina:
– NPC biasa terjadi sekitar uur 30 – 50 tahun.
– Nisbah pesakit lelaki : perempuan ialah 3: 1

APA SIMPTOM NPC?

– Simptom paling biasa ( sekitar 60%) ialah benjolan di leher. Yang bengkak / benjol ini ialah biji kelenjar yang membengkak. Dan benjolan ini tidak sakit. Jadi, kalau ada apa apa benjolan di kawasan leher yang tak surut selepas 2 – 3 minggu, sila rujuk doktor ASAP.

– Simptom lain yang mewakili 30% simptom ialah simptom berkaitan hidung, antaranya:
* Hidung berdarah
* Hidung tersumbat yang makin teruk hari ke hari
* Darah dalam air liur / kahak
* Kurang deria bau

– Simptom simptom lain antaranya ialah simptom pada telinga seperti sakit dalam telinga / kurang pendengaran / bunyi berdesing dalam telinga.

– Boleh juga ada simptom yang umum seperti sakit kepala, sakit pada muka, sakit sekitar mata, penglihatan terganggu. Simptom2 umum ini selalunya terjadi bila ia melibatkan saraf yang ditekan oleh kanser.

BAGAIMANA NPC DI DIAGNOS?

Pesakit perlu rujukan ke pakar ENT. Biopsi tisu akan di ambil dan dikaji di makmal. Selanjutnya memerlukan test lain seperti CT Scan / MRI.

RAWATAN NPC

NPC sangat sensitif pada rawatan radioterapi, maka radioterapi ialah rawatan yang menjadi pilihan utama. Namun ada kes yang memerlukan juga chemotherapy. Pembedahan agak jarang dilakukan.

PROGNOSIS

Prognosis NPC adalah sangat cerah kalau NPC di kesan & di rawat pada peringkat awal. Kadar utk hidup 5 tahun selepas di diagnos ( 5 years survival rate) adalah tinggi sekitar 80 – 90%.

Kredit : perkongsian dari FB Doktor Khairul Faizie

Macam Mana Kulit Wajah Saya Pulih Dari Serangan Jerawat

Perkongsian dari Puan Yaya mengenai masalah Kulit beliau yang diserang Jerawat. Kisah ini dikongsikan oleh beliau di Page Supermom Shaklee Story.

Ikuti kisah beliau.

Macam Mana Kulit Wajah Saya Pulih Dari Serangan Jerawat.

Assalamualaikum.. Saya yaya. Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri tentang masalah jerawat yang telah ‘menyerang’ saya tahun lepas. Dan saya bersyukur sangat² sebab shaklee banyak sangat membantu memulihkan dengan cepat. 

Sebelum tu nak bagi tahu, kulit saya memang tak ada masalah jerawat ni. pernah jerawat dulu pun masa sekolah. itu pun tak berapa teruk sangat.

Masa bulan jun 2017 kulit saya dah menampakkan jerawat² pasir. Silapnya bila saya pakai nutriwhite tanpa toner. saya hanya pakai pencuci, makeup remover dan nightcream je. baru saya tahu betapa pentingnya toner ni. memang best sangat pakai nutriwhite ni. memang dia bersihkan sampai kedalam pori tau. tapi sebab bila dah cuci tak ‘tutup’ dengan toner so kulit tu macam terdedah dengan bakteria. ni bukan sebab nutriwhite tau tapi sebab lepas habis saya pakai nutriwhite. Masa pakai nutriwhite tu hanya keluar jerawat pasir tapi mati balik dah jerawat tu. masih ok lagi.

Lepas tu saya dah gabra sebab nutriwhite habis. Silap saya lagi, patut saya top up la lagi nutriwhite kan..tapi tak, tergoda pulak nak pi pakai pulak produk lain. (menyesal sangat² 😔) . baru pakai 2 hari kulit jadi bertambah teruk, mula tumbuh jerawat banyak. satu ni pun tak reda lagi dah keluar yang lain. terus buang. ( ni la akibatnya kan. padan muka sendiri! ) aduhaii.. betapa menyesalnya daku.

Kulit makin teruk, masa tu dah masuk puasa dah. kena pulak batuk yang kronik. sampai sesak nafas. muscle bengkak. rusuk sakit ya amat. tak boleh tarik nafas dalam². memang teruk sangat masa tu.

Bayangkan nak raya masa tu, memang takde mood raya la jawabnya. rasa tak nak keluar rumah jumpa orang. nak bagi suami tengok muka ni pun rasa malu. Memang jiwa merudum masa tu. down sangat².

Start muka jerawat tu saya makan Vitamin C, Gla complex, Alfalfa pun ada makan juga masa tu kalau tak silap, Garlic pun saya makan. siap up dose lagi. sebab antibiotik semulajadi kan, Esp pun saya minum. Masa nak raya tu saya tambah lagi Vivix. Sebab batuk pula tu kan. Jadi saya memang ikhtiar dengan shaklee je.

Alhamdulillah sangat², kulit dah mula berubah. dari jerawat nanah tu dah terus mati. jadi parut² merah. masa ni saya amal pakai masker buat sendiri dari bahan² alami ni. letak vivix juga buat masker . dan ada juga letak bawang putih ( letak kat jerawat tu )

Bayangkan dari kulit yang teruk tu tak sampai beberapa bulan je saya dah pulih. hanya dengan makan vitamin shaklee. tak pakai yang lain, tak makan benda lain pun. Bulan November 2017 tu dah licin dah kulit. tinggal parut hitam je. cepat kan. padahal teruk tau. satu muka kena. tapi pulih dah. memang vitamin² tu sangat² membantu. serius!

Tapi masa tu tak terfikir nak ambil gambar. hanya ambil bila dah reda sikit je. boleh tengok gambar ni, ni kira dah ok sikit kalau tak lagi teruk muka. jerawat besar² dan bernanah. ada yg jerawat batu juga.

oh ya! batuk pun dah ok. lepas minum vivix tu, memang ok sangat lepas tu. bila bangun pagi selalu batuk² dulu. tapi masa tu perasan bangun pagi relax je. suami pun perasan juga batuk dah banyak kurang. kalau tak silap yang batuk ni tak habis lagi sebotol vivix tu ok dah.

Cuma tang jerawat je amik masa sikit beberapa bulan macam tu. nak pulih balik dari dalam. kita tak nak baik luaran je kan. so memang start tu takut nak pakai skincare sebarangan. hanya pakai produk shaklee saja. lagi bertambah percaya & yakin la kan dengan shaklee ni.

Sekarang, dah licin. parut pun dah hilang. kalau keluar jerawat tu, memang saya tak akan picit la..biarkan je. tapi kadang² tu die keluar sekejap pastu hilang balik. haha..macam malu² nak keluar gituu..
Nak beli balik nutriwhite dah takde stok. sedihnya.. kena la tunggu youth.

Ni dah masuk skincare Youth. Terus grab full set. Kulit memang bertambah² elok. sangat² suka. hihi. nampak banyak perubahan. pori mengecil. kulit lembut. dulu ada garis kat bawah mata ni. sekarang ni takde dah.. memang banyak sangatlah perubahan. mungkin sebab saya tambah lagi dengan makan Set Cantik shaklee kan. keperluan nutrisi tu dibekalkan dari dalam juga.

Konklusinya, saya memang dah yakin dengan produk shaklee ni. banyak membantu. kalau orang nak tanya pasal set jerawat shaklee ni memang saya lagi terror la kan..haha sebab dah pernah kena dah dah pulih dengan shaklee. lagi confident nak cerita kat orang. Dan orang tengok kita pun orang percaya.

Alhamdulillah..syukur sangat².

Nak dapatkan Produk Youth Skincare ?

Hubungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila Perlu Sahaja

Nasihat Ustaz Ebit Lew – Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Sahaja

Tadi semasa di Kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.

Cuba abang tulis kebaikan isteri abang..

Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.

Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Saya tengah malam kadang sakit. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sakit kita..

Isteri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.

Bila anak sakit. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.

Tapi isteri sakit, pening, migrain, sakit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer. Kadang mengadu sakit kena marah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sakit demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri…mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sakit.

Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.

Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali mati untuk kita. 9bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…

24jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dahler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.

Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?

Susah Ke Abang?

Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sekolah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa. Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata isteri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi saw ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..

Rasulullah saw sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita disisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah buat baik terhadap isteri

Sumber : Ebit Lew

Kulit Kembali Cerah Berseri Selepas Amalkan Youth Skincare

Kulit Kembali Cerah Berseri Selepas Amalkan Youth Skincare


Assalammualaikum. Saya Ziela Razali,berumur 27 tahun. Ibu kepada 4 orang anak. Ziela mula kenal Shaklee tahun 2015. Sebelum ni Ziela pakai produk Malaysia yang amat terkenal. Mula pakai memang cantik,tapi bila dah lama mula naik ruam dan whitehead yang banyak. Sekarang Ziela pakai Youth™ sahaja.

Ziela start pakai Youth 9/03/2018

Masa tu memang tak buat skin analisis lagi. Tapi tahu la yang kulit berminyak kat T Zone,whitehead toksah kata. Boleh cabut2 pakai pengepit uban ja. 😂
Ada juga rasa macam kedutan hujung mata. Tapi abaikan ja.

23/03/2018

Dapat free skin analisis kat Skin Valet. Resultnya .. Alahai luluh hati.😣 Kulit berminyak kat T zone,whitehead banyak. Wrinkles keliling mata. Padahal nampak hujung mata ja. Pori terbuka besar dan banyak. Jeragat dah start timbul. Ada bekas2 jerawat besar akibat suka picit jerawat. Masa ni ziela terus konsisten youth. Pakai night cream, Radiance C&E.

Setelah 43 hari konsisten Youth Skincare,Ziela buat skin analisis di Youth Party Kangar. Mesin dia serupa mesin di kat Skin Valet. Masa ni kulit kering pulak dah. 😂 Ni mesti pasai malas pakai spf50. Tapiiiiiii … Pori dah normal,wrinkles takda. Tahap kolagen dalam kulit normal. Jeragat masih so so .. skin tone ja tak sekata lagi. Pakar nutritionist cakap bila waktu siang memang kena pakai spf50 walaupun tak keluar rumah dan berada di dalam rumah .Sebabnya sinaran matahari mampu menembusi hingga ke dalam rumah.

Kalau ikut kajian saintis Shaklee,result yang terbaik adalah 3 bulan pemakaian youth dan konsisten radiant5. Tak sabar nak tunggu 2 bulan lagi. Semoga kulit muda sedekad lagi 😍.

Youth memang diciptakan untuk wanita yang ingin kulit sihat,cantik dan berseri. Youth juga terbukti secara klinikal,diuji selama 8 tahun dan diuji ke atas 100 orang wanita pelbagai peringkat umur untuk memastikan keberkesanannya.

Cubalah Youth hari ni dan rasai keberkesannya sendiri.
Youth is HOPE!

Nak dapatkan Produk Youth Skincare ?

Hubungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Pengedar Shaklee Aktif Area Kota Bharu Machang Pasir Putih Kelantan

ANDA MENCARI PENGEDAR SHAKLEE AREA KELANTAN ?

Alhamdulillah anda sudah jumpa orang yang tepat kerana saya adalah Pengedar Shaklee Kelantan yang anda cari.

Saya Maisarah Md Saupi Adalah Pengedar Shaklee kelantan Paling aktif sejak 2012

KENAPA ANDA PERLU PILIH SAYA

Ready Stok

Kami Pengedar Shaklee Kelantan sentiasa ada Ready Stok dan boleh COD terus ke tempat anda dengan segera. Hampir setiap hari Kami pergi ke Branch Shaklee untuk dapatkan stok terbaru.

 

Berpengalaman dan Terlatih

Saya telah menjalankan Bisness Shaklee sejak 2012 iaitu sudah 7 tahun dan Merupakan Leader Shaklee sejak Oktober 2012. Saya juga merupakan pengguna Shaklee sejak 2011.

Saya adalah Pengedar shaklee Kelantan terlatih yang mana telah terpilih menghadiri kursus yang telah dianjurkan shaklee iaitu Shaklee Akademi. Dan setiap bulan saya akan menghadirikan diri ke Health & Welness Talk yang di sampaikan oleh Pakar Nutrisi Shaklee.

Konsultansi  Terbaik

Bila anda membeli dengan kami, anda akan dapat konsultansi secara percuma dan berterusan sehingga masalah anda selesai. Saya akan bagi jadual makan vitamin mengikut masalah anda. Saya merupakan pengedar Shaklee yang mendapat bimbingan dari pakar nutrisi Shaklee dan kami juga merujuk beberapa orang doktor yang mana ada Doktor dalam kumpulan kami.

Konsultansi Before & After Sale

Saya akan cadangan Suplemen yang paling sesuai untuk masalah anda dan akan guide anda cara makan paling berkesan dan akan konsult anda secara berterusan.

Anda boleh buat temujanji dengan saya jika ingin terus membeli di branch shaklee Kelantan iaitu di Kota Bharu. Berita Baik anda boleh menggunakan kad kredit untuk membuat pembelian di Branch Shaklee

 

Group Terbesar Di Malaysia

Saya adalah Leader Shaklee di Rank Key Coordinator dan merupakan Founder OMS sejak 2012 Yang mana OMS group berada di bawah Group Shaklee terbesar di Malaysia iaitu di bawah Presidential Master Lyna Noh (IREACH) dan Presidental Master Hadhatina (SUPERMOM) yang mana jualan bulanan mencecah 5 juta sebulan.

IREACH FAMILY
SUPERMOM SHAKLEE
Kawasan Liputan

Ini antara kawasan yang saya selalu COD dan boleh COD jika anda membeli dengan kami

Kota Bahru

Machang

Pasir Putih

Tanah Merah

Ketereh

Kok Lanas

Nilampuri

Kuala Krai

Gua Musang

Untuk anda yang berada jauh dari Kawasan di atas atau jauh dari Kelantan saya menggunakan khidmat Pos laju dan Gdex  selalunya barang akan sampai dalam masa 2-3 hari jika anda buat bayaran sebelum jam 3 petang proses pengeposan akan dilakukan pada hari yang sama.

 

Trusted Sealer

Sudah Beribu orang saya bantu sejak 2012 , Ini antara customer yang berurusan dengan saya daripada pembelian bawah RM100 hingga beribu ribu ringgit.

Hubungi Saya untuk Temujanji

Maisarah Md Saupi

Hp : 019-3624134

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Mungkin ramai yang masih belum tahu apa kelebihan menjadi ahli shaklee. Ini kerana jika anda tahu apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee sudah tentu jika anda memang mengamalkan vitamin shaklee sudah pasti anda memilih untuk mendaftar menjadi ahli shaklee.

Jadi hari ini kakma ingin kongsikan kelebihan menjadi ahli shaklee apabila anda  mendaftar ahli shaklee dengan kakma.

 

9 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

1. Anda layak membeli produk Shaklee dengan harga ahli di mana potongan harga antara 15-25%.

2. Anda layak membeli sendiri secara online di web khas untuk pengedar Shaklee. https://www.shaklee2u.com.my/mbst_en/mblogin.php (Masuk sistem dgn id dan password yg shaklee SMS semasa daftar ahli). Berita baik jika anda membeli secara online anda akan jaminan produk yang di pos oleh shaklee jika berlaku sebarang masalah shaklee akan bertanggungjawap.

3. Shaklee menetapkan Harga serata bagi proses pengeposan iaitu rm10 jika anda buat belian bawah rm600 dan jika belian rm600 ke atas pos pengeposan adalah percuma keseluruh semenanjung Malaysia dan termasuk sabah dan serawak.

4. Sekiranya pembelian and mencapai had uv (point) minima sekurang-kurangnya 150 uv bersamaan +- RM480 dalam bulan yang sama, anda layak menerima bonus sebanyak 5%. % bonus akan meningkat mengikut jumlah uv atau belian yang dibuat walaupun membeli hanya untuk makan sendiri sahaja.

Potensi Bonus Shaklee <— klik sini

5. Pemberian bonus sekiranya ada, akan dimasukkan ke akaun Anda selewat-lewatnya 15hb setiap bulan.

6. Anda layak untuk buat pemeriksaan di branch dan Hq shaklee. Antara pemeriksaan di sediakan ialah

. Skin analisis
. Bone check
. BMI / Body check
Anda baleh buat temujanji dengan pakar nutrisi shaklee dan pakar nutrisi akan bagi penerangan mengikut hasil ujian.

7. Keahlian Shaklee adalah untuk seumur hidup. Tetapi setiap tahun perlu activate keahlian dengan membeli voucher bernilai RM30 dan akan direbate semula dalam pembelian produk Shaklee. Atau buat pembelian 200uv automatik ahli renew.

8. Setiap bulan shaklee akan buat promo untuk produk. Dan anda layak membeli produk shaklee dengan harga promo yang jauh lebih jimat dari harga biasa.

9. Sekiranya berminat dan mula serius untuk berbisnes, an jdauga mempunyai peluang untuk mendapat bonus-bonus lain lagi seperti cash insentif, bonus kereta, bonus melancong dalam dan luar negara serta mengerjakan Umrah.

Kakma Hadiahkan Trip Umrah Untuk Mak

 

Sebenarnya Banyak lagi kelebihan menjadi ahli shaklee tapi kakma senaraikan dulu 9 kelebihan di atas.

Kenapa Bisnes shaklee menjadi pilhan kakma <—- klik sini

Jika anda Berminat ingin Berdaftar dengan kakma boleh hubungi kakma di talian 019 362 4134 atau klik icon di bawah.

Cara Daftar Ahli Shaklee < —- klik sini

 

 

Cara Merawat Luka Melecur Anak Terkena Kuah Panas

Kakma ingin kongsikan pengelaman seorang ibu merawat luka melecur anaknya yang terkena kuah panas.

Kisah ini kakma ambil dari perkongsian Puan Siti Nurfizah Bt Ahmad yang di kongsikan di page Supermom Shaklee Story

Luka Akibat Melecur PAda Tangan Anak Beransur Sembuh Selepas disapu Krim Herba Blen Shaklee.

Anak adalah anugerah Allah. Bila si anak terluka sikit, pedihnya hati ibu susah untuk diungkapkan. Lagi-lagi apabila ianya berlaku ketika kita tidak bersama mereka.

Melecur terkena Kuah Panas

Saya bekerja dan anak tinggal bersama babysitter. Luluh hati bila dimaklumkan oleh babysitter tangan anak saya iaitu Izzah (setahun dua bulan) melecur terkena kuah panas.

Ikhtiar sapu Krim Herba Blend

Saya ikhtiar, sapukan Herbal Blend Shaklee serta merta. Hari keempat sapu, saya dan suami agak resah sebab nampak luka makin basah. Tapi atas nasihat upline Shaklee saya iaitu Nur Salwa menyarankan untuk terus sapu Herbal Blend tersebut, kami teruskan. Anak pun selesa. Krim yang selamat dan tidak memedihkan.

Alhamdulillah. Semakin hari semakin cantik kulit Izzah. Ternyata krim Herbal Blend Shaklee sesuai untuk mengubati kulit Izzah yang melecur terkena kuah panas. Tragedi yang pedih tapi lega apabila melihat kulit i=Izzah pulih seperti biasa.

Herbal Blend Shaklee harga mampu milik dan beri kesan yang terbaik.

Satu Rumah Satu Herbal Blend.

Macam mana nak dapatkan Krim Herba Blend

Hubungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

 

Cara Atasi Sakit Senggugut Yang Sang Teruk Sehingga Setiap Bulan MC

Masalah Senggugut memang perkara biasa bagi wanita yang sudah baligh atau datang haid. Tapi ia menjadi tidak biasa bila senggugut itu terlalu teruk dan sakit.

Bila senggugut datang memang akan mengganggu rutin harian kita terutamanya yang berkerja kerana bila senggugut terlampau sakit ia membuatkan keadaan terpaksa pergi ke klinik untuk dapatkan pain killer dan terpaksa cuti sakit.

Ketahui senggugut mungkin tanda awal anda Cyst <— klik sini

Kakma ingin Kongsikan kisah yang di kongsikan oleh Puan Hasmimie sendiri mengenai pengalaman beliau yang mengalami senggugut yang teruk.

Masalah Senggugut Semakan Berkurangan Selepas Amalkan Ostematrik dan GLA Complek Shaklee


Assalamualaikum. Saya hasmimie arrfin saya nak kongsikan kisah mcmne saya bebas dari masalah senggugut yang sangat teruk.

Setiap Bulan Wajib MC

Semasa bujang. Tiap-tiap bulan hari 1st datang haid memang wajib dapat MC. Sampai muka ni dah naik malu mana tidak nya. Doc yang merawat tu lelaki sampai satu tahap bila datang klinik doktor cakap ye mimie, period paint ya, doc pun dh kenal..aduhh..merah muka.

Bila diserang senggugut memang tahap berguling, tidut merengkuk menahan kesakitan yang amat sangat. Siapa yang pernah alami mesti tahu macamana sakitnya tu. Kalau hari 1st kena time dekat office memang nak jalan pun pegang dinding membongkok2 macam nenek sibongkok tiga..Sakittt..

Berkenalan dengan Ostematrik

Suatu hari alkisah bermula selepas officemate promote si putih putih melati Ostematrix kepada saya. Niat dia share pasal Oste tu sebab dia tahu saya ni jenis tak minum susu. Ingat lagi ayat dia,Adik,elok ambil kalsium ni. Sekarang masa bujang adik tak pikir lagi. Esok2 dah kawen baru adik tahu. Adik tu dah lah tak minum susu. Nanti adik menyusu baby,baby tarik semua kalsium adik adik plak tak minum susu so darimana adik nak dapat kalsium untuk adik plak?

Itu lah yang jadi reput gigi,reput tulang sbb baby dh tarik kalsium adik. Lagi 1 adik tu senggugut teruk bagus adik ambil oste ni. Sebab kalsium membantu mengekalkan otot dalam badan yang menghalang daripada kekejangan. Adik pun selalu mengadu sakit-sakit badan kalau banyak jalan dan naik tangga. Tu sebab adik kekurangan kalsium la.

Saya pulak jenis kalau kawan berniaga memang senang nak tergoda untuk membeli. Hihi. So saya pun decide beli oste pada bulan itu. Selepas mencuba sebotol siputih Ostematrix alhamdulillah haid bulan berikutnya tu saya tak diserang senggugut lagi.

Menunggu2 juga kononnya bila lah nak senggugut..hahhaa.. Waaahhh.. ini ajaib.. memang benar-benar berkesan. Badan pun dh takda sakit-sakit sangat ulang alik turun naik tangga. Dan satu lagi yang saya perasan saya dah tak perlu tunggu 3 4 hari atau kadangkala seminggu untuk membuang. Rupa-rupanya kandungan magnesium dalam Oste tu membantu otot usus menjadi lebih relaks & lancar. Najis juga lebih lembut dan lebih mudah dikeluarkan.

Bulan seterusnya saya beli Oste dan tambah GLA untuk masalah senggugut saya tu. Dan saya serta merta join jadi ahli Shaklee kerana saya sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri. 

Senggugut Tiada Lagi

Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi diserang sengugut yang sampai tahap bergulung-gulung mcm tikar mengkuang . Terima kasih officemate merangkap mak shaklee ku kerana memperkenalkan oste kepada saya.

Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya iaitu 3S : Senggugut, Sakit- sakit Badan dan Sembelit dapatkan Ostematrix & GLA hari ini juga. Pastinya takkan sia-sia 

Jika Anda Ada masalah senggugut seperti Beliau kakma memang sangat syorkan anda amalkan 2 vitamin ini. Insya ALLAH pasti akan dapat kesan seperti puan mimie.

Macam mana nak dapatkan Set Sunggugut Shaklee?
HUbungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi