Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi berlaku apabila darah yang mengalir di saluran darah (arteri) mempunyai tekanan yang lebih tinggi dari biasa.

Tekanan darah diukur melalui berapa jumlah darah yang di pam oleh jantung, berbanding berapa jumlah rintangan terhadap pengaliran darah di dalam arteri kita.

~Bacaan darah

Systolic Pressure:
Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg.

Diastolic Pressure:
Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 mmHg.

Bacaan tekanan darah ditulis dengan cara nombor Sistolik di atas nombor Diastolik. Contohnya, 118/75 mmHg. 118 ialah bacaan Sistolik, manakala 75 ialah bacaanDiastolik. Tekanan darah yang lebih tinggi dari 120/80 mmHg di kategorikan sebagai tekanan darah luar biasa.

Antara tanda-tanda individu yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah:
✅ Kerap sakit kepala
✅ Mudah penat atau keliru
✅ Masalah penglihatan
✅ Sakit dada
✅ Sukar bernafas
✅ Degupan jantung luar biasa
✅ Darah di dalam air kencing

Jika anda terdapat dalam tanda-tanda yang mempunyai tekanan darah tinggi lebih baik membuat pemeriksaan dn berjumpa doktor dengan segera.