Macam Mana Kulit Wajah Saya Pulih Dari Serangan Jerawat

Perkongsian dari Puan Yaya mengenai masalah Kulit beliau yang diserang Jerawat. Kisah ini dikongsikan oleh beliau di Page Supermom Shaklee Story.

Ikuti kisah beliau.

Macam Mana Kulit Wajah Saya Pulih Dari Serangan Jerawat.

Assalamualaikum.. Saya yaya. Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri tentang masalah jerawat yang telah ‘menyerang’ saya tahun lepas. Dan saya bersyukur sangat² sebab shaklee banyak sangat membantu memulihkan dengan cepat. 

Sebelum tu nak bagi tahu, kulit saya memang tak ada masalah jerawat ni. pernah jerawat dulu pun masa sekolah. itu pun tak berapa teruk sangat.

Masa bulan jun 2017 kulit saya dah menampakkan jerawat² pasir. Silapnya bila saya pakai nutriwhite tanpa toner. saya hanya pakai pencuci, makeup remover dan nightcream je. baru saya tahu betapa pentingnya toner ni. memang best sangat pakai nutriwhite ni. memang dia bersihkan sampai kedalam pori tau. tapi sebab bila dah cuci tak ‘tutup’ dengan toner so kulit tu macam terdedah dengan bakteria. ni bukan sebab nutriwhite tau tapi sebab lepas habis saya pakai nutriwhite. Masa pakai nutriwhite tu hanya keluar jerawat pasir tapi mati balik dah jerawat tu. masih ok lagi.

Lepas tu saya dah gabra sebab nutriwhite habis. Silap saya lagi, patut saya top up la lagi nutriwhite kan..tapi tak, tergoda pulak nak pi pakai pulak produk lain. (menyesal sangat² 😔) . baru pakai 2 hari kulit jadi bertambah teruk, mula tumbuh jerawat banyak. satu ni pun tak reda lagi dah keluar yang lain. terus buang. ( ni la akibatnya kan. padan muka sendiri! ) aduhaii.. betapa menyesalnya daku.

Kulit makin teruk, masa tu dah masuk puasa dah. kena pulak batuk yang kronik. sampai sesak nafas. muscle bengkak. rusuk sakit ya amat. tak boleh tarik nafas dalam². memang teruk sangat masa tu.

Bayangkan nak raya masa tu, memang takde mood raya la jawabnya. rasa tak nak keluar rumah jumpa orang. nak bagi suami tengok muka ni pun rasa malu. Memang jiwa merudum masa tu. down sangat².

Start muka jerawat tu saya makan Vitamin C, Gla complex, Alfalfa pun ada makan juga masa tu kalau tak silap, Garlic pun saya makan. siap up dose lagi. sebab antibiotik semulajadi kan, Esp pun saya minum. Masa nak raya tu saya tambah lagi Vivix. Sebab batuk pula tu kan. Jadi saya memang ikhtiar dengan shaklee je.

Alhamdulillah sangat², kulit dah mula berubah. dari jerawat nanah tu dah terus mati. jadi parut² merah. masa ni saya amal pakai masker buat sendiri dari bahan² alami ni. letak vivix juga buat masker . dan ada juga letak bawang putih ( letak kat jerawat tu )

Bayangkan dari kulit yang teruk tu tak sampai beberapa bulan je saya dah pulih. hanya dengan makan vitamin shaklee. tak pakai yang lain, tak makan benda lain pun. Bulan November 2017 tu dah licin dah kulit. tinggal parut hitam je. cepat kan. padahal teruk tau. satu muka kena. tapi pulih dah. memang vitamin² tu sangat² membantu. serius!

Tapi masa tu tak terfikir nak ambil gambar. hanya ambil bila dah reda sikit je. boleh tengok gambar ni, ni kira dah ok sikit kalau tak lagi teruk muka. jerawat besar² dan bernanah. ada yg jerawat batu juga.

oh ya! batuk pun dah ok. lepas minum vivix tu, memang ok sangat lepas tu. bila bangun pagi selalu batuk² dulu. tapi masa tu perasan bangun pagi relax je. suami pun perasan juga batuk dah banyak kurang. kalau tak silap yang batuk ni tak habis lagi sebotol vivix tu ok dah.

Cuma tang jerawat je amik masa sikit beberapa bulan macam tu. nak pulih balik dari dalam. kita tak nak baik luaran je kan. so memang start tu takut nak pakai skincare sebarangan. hanya pakai produk shaklee saja. lagi bertambah percaya & yakin la kan dengan shaklee ni.

Sekarang, dah licin. parut pun dah hilang. kalau keluar jerawat tu, memang saya tak akan picit la..biarkan je. tapi kadang² tu die keluar sekejap pastu hilang balik. haha..macam malu² nak keluar gituu..
Nak beli balik nutriwhite dah takde stok. sedihnya.. kena la tunggu youth.

Ni dah masuk skincare Youth. Terus grab full set. Kulit memang bertambah² elok. sangat² suka. hihi. nampak banyak perubahan. pori mengecil. kulit lembut. dulu ada garis kat bawah mata ni. sekarang ni takde dah.. memang banyak sangatlah perubahan. mungkin sebab saya tambah lagi dengan makan Set Cantik shaklee kan. keperluan nutrisi tu dibekalkan dari dalam juga.

Konklusinya, saya memang dah yakin dengan produk shaklee ni. banyak membantu. kalau orang nak tanya pasal set jerawat shaklee ni memang saya lagi terror la kan..haha sebab dah pernah kena dah dah pulih dengan shaklee. lagi confident nak cerita kat orang. Dan orang tengok kita pun orang percaya.

Alhamdulillah..syukur sangat².

Nak dapatkan Produk Youth Skincare ?

Hubungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Naik Tompok Hitam di Muka Kerana Tersalah Makan Terung

Semua wanita impian kulit muka yang cantik , gebu putih, tiada masalah jerawat dan jeragat lagi lagi tompok hitam di muka. Bab tompok hitam di muka ni memang menjadi mimpi ngeri bagi kaum wanita. Jika ada tompok hitam memang boleh membuatkan seseorang hilang kenyakinan diri lagi lagi bila nak berdepan dengan orang lain.

Kakma nak kongsikan kisah seorang cikgu yang ada masalah tompok hitam di muka kerana tersalah makan terung. Sebagai seorang guru yang selalu berdepan dengan orang ramai terutamanya semasa mengajar masalah kulit muka yang ada tompok hitam ini memang sangat mengganggu emosi beliau.

Jom Baca kisah cikgu Shahizan Rahim yang telah di kongsikan di Page SUPERMOM SHAKLEE STORY.

[MUKA PECAH RUMAH  NAIK TOMPOK HITAM DI MUKA KERANA TERSALAH MAKAN TERUNG]

 

Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.

Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.

Alergik Terung


Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. “Ni memang takde lain la ni mesti makan terung” tak pun “dah tau alergik terung sapa suruh makan”. Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada “mata” kerana seringkali jerawat pastinya ada “mata” dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa “fake” sangat.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Amalkan Vitamin Shaklee


Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.

YOUTH Memberi Harapan Baru

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. YOUTH dilancarkan “on time” muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar “Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni”.

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai “ibu” segala masalah kulit kerana ia ibarat “trigger”. Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.

Bulan 3 YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa.

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.

YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit YOUTH. Wow, “Vivix luar dalam”.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan  RADIANT 5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.

Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.

Che Yan boleh katakan YOUTH is the best n YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best YOUTH.

*******************************************************************************************

Wah sangat berbeza kan kulit muka beliau sebelum dan selepas pakai skin care Youth. Alhamdulillah akhirnya beliau jumpa cara hilangkan tompok hitam di muka kerana tersalah makan terun. Bagi anda yang adalah masalah alergik kulit seperti beliau jangan ragu ragu nak cuba skincare Youth ini kerana ianya produk semulajadi dan selamat bebas dari  bahan kimia berbahaya.

Cara rawat kulit bermasalah dari dalam —-> baca sini

BAGAIMANA NAK DAPATKAN YOUTH SKIN CARE DI ATAS?
HUBUNGI SAYA
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Jadual makan “Vitamin” akan diberikan eksklusif buat customer Vitamin Cinta . 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*