Apa Perlu Buat Bila diSengat Tebuan

Pernah kena sengat tebuan? Moga kita semua di jauhkan, tapi amat penting kita ambil tahu apa perlu di buat bila seseorang disengat tebuan. Kakma nak kongsikan perkongsian yang di tulis oleh seorang doktor yang kakma follow di Fb. Beliau berkongsi apa perlu di lakukan jika seseorang itu disengat tebuan.

Apa perlu buat bila disengat tebuan

1) Mula mula bila disengat tebuan, cabut penyengat yang terpacak di kulit, jika ada. Kalau tak boleh cabut, terus jumpa doktor.
2) Basuh kawasan yang disengat dengan air dan sabun.
3) Tuam dengan ais ( cold compress ).
Utk sengatan yang kecil / satu, kadangkala tak perlukan sebarang rawatan khusus pun. Cuma perlu pantau. Kalau sakit kuat / bengkak teruk/merah kulit, terus jumpa doktor.
Kalau di sengat di kaki / tangan, tinggi kan anggota yg di sengat ( elevate) utk cepat surutkan bengkak.

Majoriti yang di sengat tebuan atau lebah, tidak perlu risau dengan tindak balas alahan. Ramai yang menyangka mereka develop alahan pada sengatan tebuan.

3 tindakbalas bila disengat Tebuan

1) Normal response.
2) Large local reaction
3) Systemic allergic reaction ( anaphylaxis )

Untuk Normal Response, tempat yg di sengat akan terasa sakit, bengkak sikit, kulit jadi merah. Ini normal.

Untuk Large Local Reaction, akan ada bengkak yang melangkaui tempat asal di sengat, Contohnya, di sengat di buku lali, tapi bengkak sampai ke betis, peha. Ini masih di anggap normal reaction, cuma besar lah reaction nya ( large). Ini bukan tindak balas alahan ( anaphylaxis). Tak perlu risau.

Untuk kedua dua respon ini, antara rawatan yg di beri antaranya ialah painkiller, ubat utk susutkan bengkak, dan juga antihistamine utk kurangkan gatal kulit. Kadangkala, tengok kes, memerlukan ubat steroid juga utk cepat redakan keradangan ( inflammation ).

Untuk Systemic Allergic Reaction, atau dipanggil ANAPHYLAXIS , ini ialah medical emergency. Segera jumpa doktor.

Simptom simptom anaphylaxis 

– Bengkak pada lidah, bibir, mata.
– Suka bernafas
– Rasa tercekik
– Ruam merah yang amat gatal dan merebak besar sangat menjangkaui kawasan sengatan.
-Nadi laju
– Rasa mual / muntah
– Rasa pening / pitam

sumber FB : DR