Sakit Kepala Mungkin Migraine Atau Mungkin Penyakit Yang Lebih Serius

Anda ada tanda tanda sakit migraine? Kakma nak kongsikan satu tulisan yang di tulis oleh Doktor Khairul Faizie di FB beliau yg sangat berguna untuk kita. Mungkin kita sedang mengalami Sakit kepala adakah ianya sakit migraine?

Ada ramai patient yang datang dengan aduan ” saya migraine “. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala. Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hingga lah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri ciri nya.

Apa itu migraine?
==============

Secara mudahnya utk faham , migraine ialah:
1- Sakit kepala yang cirinya berdenyut denyut ( throbbing pain).Sakit berdenyut denyut ini agak kuat atau sangat kuat ( bukan sakit kepala biasa, sikit sikit)

2- Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri, atau kanan.

3- Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas kebas.

3 perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. 3 perkara ini yang biasanya doktor akan tanya utk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.

Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan ( seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak ) dijalankan dan di dapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.

Faktor keturunan?

Migraine memang di ketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.

Peringkat umur?

Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak kanak jarang di laporkan, antara sebabnya kanak kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.

Bagaimana migraine di diagnos?

Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yg mungkin menyebabkan sakit kepala, di ketepikan. ( Diagnosis of exclusion). Makna nya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang ( lumbar puncture) utk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda. Andai semua test ini negatif hasilnya, dan ciri ciri sakit kepala nya menepati 3 kriteria yg di tulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine headache.

Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yg di suspek migraine, perlu jalani test yang di tulis tu. Ramai yg di diagnosed based on ciri ciri simptom nya sahaja, dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak di ikuti simptom2 lain yang bahaya / warning simptom.

Punca migraine?

Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak, dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik di dapati ada main peranan.

Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak di ketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil ” trigger factor”. Tiggers factor nya ada yg bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan.
Kena kenal pasti trigger faktor, dan cuba elak kan. Lain orang, lain trigger factor nya.

Antara trigger factor nya ialah:
– datangnya haid
– stress
– terlampau gembira / murung / kerisauan ( anxiety)
– kurang rehat / kurang tidur
– faktor makanan seperti caffeine, coklat, buah buahan citrus.Juga makanan yg ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk, dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese.

– faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising , bauan yg kuat / mengganggu, perubahan cuaca.

Fasa fasa migraine

Sebenarnya, ada 4 fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa fasa ini, dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je ( fasa ke 3).

Penting untuk memahami fasa fasa migraine ini, sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.

Fasa 1 : Prodrome
Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung utk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘ pre- headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tiba nya simptom sakit kepala. Sekitar 30 % – 40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.

Antara simptom Fasa 1 ialah:
– sakit leher
– rasa penat
– food craving
– mengantuk atau menguap berlebihan
– sembelit atau cirit
– sukar utk fokus
– rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan
– perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah

Fasa 2 : Aura.
Sekitar 20 – 25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini.
Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.

Ada 2 jenis aura yang biasa di alami oleh pesakit migraine.
Auditory Hallucination dan Visual Hallucination.

Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud ( auditory hallucination)
– Nampak perkara yg tidak wujud ( visual hallucination ) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak/ jadi blurred vision, walhal mata& penglihatan sebenarnya normal.

– Vertigo, iaitu perasaan rasa berpusing ( bukan pening)
– Simptom allodynia, iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit..ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.

Fasa 3: Headache
Ini lah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa.
Ajaib nya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Makna nya mereka tidak sakit kepala ! Ini dipanggil migraine aura without headache.

Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni di ciri kan sebagai:
– sakit berdenyut denyut
– sakit pada sebelah kepala
– sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa
– tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam
( bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital).

-sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal.
– rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus ( sebab penglibatan saraf trigeminal di muka).
– rasa mual / muntah
– sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan ( osmophobia), bila ada bunyi ( phonophobia) dan pada cahaya ( photophobia).

Fasa 4: Postdrome
Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.

Antara simptom Fasa 4 ialah:
-keletihan
– mood jadi rendah / hilang mood
– sukar beri tumpuan
– sukar buat keputusan

Jenis Jenis Migraine

1) Migraine with aura
Iaitu migraine yang ada simptom aura ( Fasa 2 ) seperti yg dijelaskan.

2) Migraine without aura
Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs ( simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.

3) Migraine aura without headache
Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.

Maka, fahami dulu penerangan ringkas yg aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.

Insya Allah, dalam tulisan berikut nya, aku akan tulis tentang rawatan migrane .

 

Moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *