HUBUNGI SAYA

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 

SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.

Anda juga boleh buat temujanji untuk COD  ( cash on delivery ) di sekitar gombak dan sentul ini kerana Kakma adalah pengedar shaklee  gombak dan sentul.
Jika anda berada di luar kawasan jangan risau kakma boleh pos keseluruh malaysia atau luar negara.

CARA TURUNKAN BACAAN KOLESTROL JAHAT

Ada banyak cara turunkan bacaan koletsrol Jahat, Salah satunya ialah dengan mengamalkan Bawang putih. Makan ubat kolestrol juga merupakan cara turunkan bacaa kolestrol jahat. Tapi kita tahu kan tak elok sebenarnya kita bergantung kepada ubat mungkin ada kesan buruk di masa hadapan jika berterusan bergantung kepada ubat.Ramai dikalangan kita mengalami masalah bacaan kolestrol jahat (kolestrol LDL) ini terjadi kerana faktor pemakanan seharian kita yang tinggi kandungan Kolestrol

vitamin untuk kolestrol

Kandungan Phytocol-St

Shaklee telah memperkenalkan produk terbaru yang dibuat khas untuk turunkan bacaan kolestrol jahat iaitu PHYTOCOL-ST. Phytocol-st berfungsi menurunkan bacaan kolestrol jahat (LDL) secara semulajadi yang mana produk ini dihasilkan daripada gabungan kuat sterol dan stanol yang wujud secara semulajadi di dalam tumbuhan, buahan , sayuran dan bijirin. Phytocol -ST shaklee ini adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg Fitosterol ( sterol dan stanol tumbuhan) setiap hari. Sterol dan Stanol tumbuhan telah dibuktikan secara klinikal di dalam lebih 80 kajian yang mana mampu turunkan bacaan kolestrol jahat (LDL).

Untuk dapatkan kandungan 2000mg Fitosterol di dalam Phytocol -St shaklee yang kita makan setiap hari , kita perlu memakan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum ataupun 425 biji tomato.Saya yakin sudah tentu kita tidak dapat memakan sebegitu banyak lobak merah atau tomato setiap hari bagi mendapatkan jumlah 2000mg Fitosterol yang diperlukan oleh badan kita. Oleh itu memilih Phytocol-St Shaklee adalah pilihan yang bijak untuk turunkan bacaan kolestrol jahat anda.


Fungsi Sterol dan Stanol di dalam Pyhtocol-St


Sterol dan stanol boleh didapati melalui makanan yang dimakan atau supplemen.Oleh kerana struktur sterol dan stanol yang sama dengan kolestrol maka sterol dan stanol akan bersaing dengan kolestrol untuk proses penyerapan di dalam Usus.Sterol dan Stenol tumbuhan ini akan terikat kepada reseptor di dalan usus dan akan meninggalkan kolestrol di belakang dengan ini hanya sedikit kolestrol akan diserap di dalam tubuh dan juga hanya sedikit akan dibebaskan di dalam salur darah. Ini bermakna semakin banyak Sterol dan Stanol (fitostrol) yang anda ambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk turunkan bacaan kolesterol jahat (LDL) anda. 



Jika badan kita tidak mendapat Sterol dan Stenol yang mencukupi bagi proses di atas maka kolestrol yang diserap di dalam badan dan salur darah akan lebih tinggi dan inilah yang membuatkan bacaan Kolestrol LDL menjadi tinggi.Tahap kolestrol yang tinggi adalah faktor utama mendapat penyakit jantung oleh itu sangat penting kita mengurangkan keseluruhan kolestrol dan kolestrol LDL di dalam badan kita dengan membekalkan sterol dan stenol dengan memilih Phytocol- St shaklee.

Bagaimana cara nak dapatkan Pyhtocol-ST

Dapatkan Phytocol-st anda untuk turukan bacaan kolestrol jahat bagi mengelak dari penyakit yang lebih bahaya seperti strok dengan hanya klik di sini anda akan terus membuat belian terus ke sistem shaklee dan shaklee akan pos Phytocol-st ini terus ke alamat anda.


Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. 

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : Kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi

RESEPI MASAK LEMAK UDANG SENANG TETAPI SEDAP

Kakma nak kongsikan resepi masak lemak udang senang tetapi sedap. Sejak puasa lepas dah 8 kali kakma makan masak lemak udang campur nenas. 2 kali adik ipar kakma masak, 6 kali lagi lagi kakma masak sendiri guna resepi adik ipar kakma. Adik ipar kakma ni memang pandai masak memang sedaplah kalau dia masak. So kakma nak kongsikan resepi Masak lemak Udang. Kakma guna udang Galah dan tambahkan nenas senang tetapi sedap.

 
 
Sedapkan? Memang selera kalau dapat berbuka puasa dengan masak lemak udang ni.
 
Ok kakma kongsikan resepinya.
Bahan2:
1. Udang ( selalu kakma beli udang galah rm15 dapat 13 ekor)
2. Bawang merah 3 *
3. Bawang putih 2 *
4. Lengkuas besar ibu jari tgan *
5. Kunyit hidup *
6. Lada kecik-letak *  4 or 5 biji kalau nk pedas lagi boleh letak lebih
7. Garam secukup rasa
8. Santan- kalu buleh guna santan pekat tak perlu tambah air, sebab air udang akan turun nanti
9. Nise ( gula melaka) 1 inci
10. ASam keping-1
11. Nenas 3 potong
12. Minyak-3 sudu besar
 
Udang Galah segar
 
Cara Masak
Tumbuk semua yg bertanda * smpai lumat..pahtu tumis kejap smpai naik bau.. lepas tu letak santan,garam,nise dan nenas, tunggu mendidih kejap..pahtu letak udang last skali.
 
Ok selamat mencuba resepi masak lemak udang yang kakma kongsikan ini..nanti dah masak kongsilah gambar kat komen yer…
Jaga2 yer makan udang ni tak boleh selalu kena kawal jugak takut bacaan Kolestrol tinggi.. Baca sini kalau nak tahu Cara turunkan bacaan kolestrol Jahat.

CARA SEMAK NO KELULUSAN KKM PRODUK SHAKLEE

Cara semak no kelulusan KKM anda tahu tak caranya? Tahu tak? salah satu perkara wajib yang kita perlu ambil berat sebelum makan atau pakai sesuatu produk ialah mestilah lulus KKM. Ramai yang tidak tahu cara untuk semak no kelulusan KKM yang mana betul ke produk yang ingin dibeli lulus KKM.Seperti yang kita tahu sekarang ni banyak sangat produk dipasaran dan yang menyedihkan ada yang claim produk mereka lulus KKM sedangkan mereka hanya menghantar permohonan kelulusan dan keputusan belum pun keluar.

 Cara semakan no kelulusan KKK produk Shaklee

Jadi kakma ingin kongsikan Cara semak kelulusan KKM produk shaklee, kenapa shaklee? Mesti lah shaklee kan kakma jual shaklee, tapi jangan risau cara yang kakma kongsikan ni anda boleh juga semak untuk produk lain, sama je caranya.
 
Ok apa yang perlu anda periksa terlebih dahulu ialah cari no KKM yang ada di produk yang anda ingin semak.

Contoh Cara Semakan

Kakma ambil contoh Omega Guard shaklee.
 
Ini Omega Guard shaklee
Nampak tak no MAL #12015013NC
 
Ok bila dah ada no ni boleh lah kita buat semakan. Masuk ke web KKM iaitu Web NPRA
 
 
Kemudian pilih Quest Product Search
Pada product type, pilih samada product bahan kosmetik ataupun lain-lain.
 

 

 
Sama kan no MAL#  di web NPRA dengan  no MAL# di botol Omega guard. Ini membuktikan yang produk ini lulus KKM, anda boleh semak produk lain menggunakan cara di atas.
 

Sticker Hologram

Jika anda perasan ada sticker Hologram pada botol Omega dan botol2 vitamin shaklee yang lain.Jika anda nak tahu
Hologram adalah salah satu cara utk kkm menentukan keaslian produk yang ada di pasaran untuk keselamatan pengguna. 
 
Selalunya hologram bersifat lut sinar bewarna kebiruan. Di hologram ada nombor kkm produk mengikut kategori teesensiri samada makanan, produk kesihatan dan lain2. 
Perbezaan hologram palsu dan ori
Ori garisnya melintang dari atas ke bawah.Emboss asli kasar berbanding tiruan.Warna holgram lebih tajam berbanding tiruan yang pudar.
 
Ok anda dah tahu Cara semak no kelulusan KKM lepas ni boleh lah semak sendiri dan harap anda boleh lah gunakan shaklee tanpa was was lagi..jika anda nak tahu status halal shaklee boleh baca Di sini .
Jika nak beli shaklee boleh lah hubungi kakma 

PENGEDAR SHAKLEE SENTUL DAN KUALA LUMPUR PALING AKTIF

Mencari pengedar shaklee sentul dan kuala Lumpur? Ya kakma lah orangnya ini kerana kakma merupakan pengedar shaklee sentul dan kuala Lumpur yang sangat aktif sejak 2012. Hubungi kakma di talian 0193624134 untuk mendapatak vitamin shaklee secara COD dan konsultansi yang terbaik mengikut keperluan anda. kakma secara terus COD ke tempat anda.

Anda tetapkan masa dan tempat

Stok Vitamin insya Allah sentiasa ada dengan kakma.

 

Pengedar shaklee sentul dan Kuala Lumpur pilihan Anda

Kakma akan cuba pergi ke tempat anda tak kira anda berada di Area Sentul , kg padang balang,  setapak , wangsa maju atau sekitar Kuala lumpur anda hanya perlu hubungi kakma untuk temujanji.
Hubungi kakma jangan segan-segan. Kakma pengedar shaklee sentul yang sangat dipercayai dan komited.

Whatapps/SMS/Call : 019 3624134
Facebook: mai md saupi
IG: kakma_kedaivitamin

 

PERCUTIAN KE JEPUN YANG TAK AKAN DILUPAKAN

Percutian ke jepun, Alhamdulillah pada sabtu 20 Mei 2017 yang lepas kakma dan leader yang layak join trip mewah shaklee telah terbang ke Jepun  selama 7 hari.Jujur sebelum kakma kenal shaklee kakma tk pernah bermimpi akan dapat jejak kaki ke Jepun.

 
Sabtu 12 mei, sebelum berangkat

 

Kakma nak kongsikan betapa mewahnya trip shaklee ke jepun ini. Bermula dengan tiket penerbangan, penginapan, makanan, hadiah2 yang shaklee buat kejutan dan juga tempat2 yang kami pergi yang mana perlu di bayar untuk masuk semuanya shaklee tanggung 100%. Kami hanya siapkan diri dan duit untul shopping sahaja.Dan betapa shaklee baik sangat ada 4 kali shaklee tk dapat sediakan makan kerana aktiviti dan tempat yang susah nak cari restauran untuk kami shaklee akan bagi Elaun Makan..contohnya semasa kami pergi ke Disneyland Tokyo oleh kerana masing2 ada aktiviti so shaklee bagi elaun makan. 1 kali makan kami diberi 3000yen dan kami ada 4 kali makan sendiri makan jumlahnya adalah 12000yen. Apa lagi boleh lah tambah duit shopping.
Elaun Makan untuk 4 kali makan sendiri
Mengikut apa yang di katakan oleh tour guide kami yang di kenali sebagai Jojo makanan yang disediakan untuk deligasi shaklee selama seminggu ni sama dengan kos makan dia di jepun selema 5 tahun, terkejut kami.
 
Semasa kami sampai di tokyo kami telah menetap di Imperial Hotel tokyo Jepun.. Pada malam kami sampai di hotel shaklee telah adakan welcome dinner untuk kami semua dah paling terharu bila kami dapat berjumpa dengam Dr.Kojima yang mana beliau adalah Doktor Pakar Imun yang mencipta Nutriferon hasil daripada kajian selama 40 tahun.
 
 
Keesokkan harinya semasa kami dalam perjalanan menuju untuk melawat Tokyo metropolitan dan Hq shaklee Jepun Jojo telah mengucapkan rasa terharu iaitu “Because of u, I have a chance to stay here (imperial hotel)” sambil melutut kat lantai tanda terima kasih terharu.
Beliau menyatakan saiz bilik di Imperial hotel sama besar dengan kebanyakkan rumah2 sewa di jepun.

Menginap di Imperial Hotel Tokyo Jepun
 selama 3hari 3 malam
 
Satu lagi yang kakma dapat tahu Shaklee satu2nya MLM yang bawa delegasinya pergi melawat snow Wall ni Alpine route di Tatayama.Lagi best kami disediakan bilik solat khas di atas sana yang mana shaklee sewa bilik hotel khas untuk delagasi muslim solat jamak zohor dan asar.Makan tengahhari juga di sedikan di hotel terbaik di atas Alpine Route boleh bayang lah kan kos makan mesti mahal kalau atas puncak sana

 

 



Pemandangan semasa menaiki Bas menuju ke puncak


Terharu kali pertama dapat pegang salji

Dan lagi terharu dan bertuah sangat bila shaklee request khas tapak strawberry park untuk tanamkan khas untuk kami.Ini kerana musim strawberry telah habis jadi shaklee tempah khas 2 tapak strawberry park untuk kami sahaja.Kami dibenarkan makan sebanyak mana yang kami nak selama berada di strawberry park ini. Strawberry jepun sangat best bagi kakma.
Kami juga di bawa melawat Pink Mosse yang berada berdekatan kaki gunung fuji.Cantik sangat bunga2 kat sana. Bagi peminat pink macam kakma memang heaven lah dapat pergi ke sini.
 

 

 

 

 

 

 
Satu pengajaran yang kakma dapat bila pergi jepun ni negaranya bagi kakma sangat selamat dan bersih, sepanjang kakma berada di sana kakma tak jumpa 1 sampah pun. Trip ni buat kakma nak datang lagi ke jepun kalau dan berimpian untuk bawa family pulak datang. Tapu jika datang sendiri memang berbeza dengan trip yang shaklee bawa ini kerana trip shaklee sangat mewah. Pesan kakma jika kita buat betul2 shaklee semua kita ada peluang yang sama untuk join trip.mewah shaklee yang akan datang.
 

PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK PALING AKTIF

Farah adalah pengedar shaklee ipoh perak yang aktif COD di ipoh perak. Pengedar shaklee ipoh anda ini adalah pengguna tegar produk shaklee sejak tahun 2013 lagi. Bermula dengan membeli set sakit lutut untuk suami tersayang , Farah tidak menyangka shaklee kini adalah sumber pendapatan kedua beliau dan keluarga.

 

 
Farah juga berikhtiar untuk hamil dengan set ikhtiar hamil shaklee dan alhamdulilah selepas setahun sebulan kakfarah berjaya hamil selepas konsisten dengan set ikhtiar hamil. Kemudian beliau meneruskan pengambilan set hamil dan set berpantang shaklee. Alhamdulilah shaklee sudah sebati dengan keluarga beliau.
 
Sebagai pengedar shaklee ipoh yang aktif cod di ipoh, Farah bukan hanya menjual tetapi beliau sudah merasai sendiri keberkesanan produk-produk shaklee ini. Alhamdulilah sehingga sekarang, Farah dan keluarga sangat serasi dengan produk-produk shaklee. Jesteru itu kakfarah sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan produk shaklee yang telah menambah baik kan taraf kesihatan kakfarah sekeluarga.
 
Bagi anda yang berada di sekitar ipoh terutamanya , meru , chemor boleh hubungi Farah jika anda ingin mendapatkan produk-produk shaklee terus secara cash on delivery (cod). Perkhidmatan ini adalah percuma dan tiada sebarang caj. 
 
Farah hanya akan berikan konsultasi secara percuma kepada anda yang membeli dengan beliau sahaja dan konsultasi ini adalah eksclusif kepada anda yang membeli dengan beliau sahaja.

RISIKO HB RENDAH SEMASA HAMIL BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN, JANIM MATI DALAM KANDUNGAN DAN TUMPAH DARAH SEMASA BERSALIN

HB rendah semasa hamil ini lah pengalaman Kakma hamil anak pertama setiap kali check up di klinik bacaan HB rendah dan memang di tulis dengan pen merah. Seingat kakma memang merah tulisan merah je dalam buku pink.
Masih terngiang-giang kata-kata nurse setiap kali bacaan Hb Rendah mesti nurse cakap bahaya kalau HB rendah semasa hamil ni nanti awak boleh tumpah darah semasa bersalin, boleh bersalin awal, keguguran atau lagi risau janim boleh mati dalam kandungan. Bila dengar macam ni hati ibu mana tak risau kan lagi-lagi kakma hamil anak pertama tak ada pengalaman lagi lah risau sangat.

Ikhtiar dengan pelbagai cara


Tak cukup dengan vitamin yang klinik bagi, doktor syorkan beli lagi vitamin kat farmasi kakma memang ikut je asalkan Hb kakma naik. Doktor juga suruh kakma makan sayur bayam, kerang dan juga hati ayam. Bab hati ayam ni doktor pesan juga tak elok ambil selalu, mujurlah kakma pun tak berapa gemar hati ayam ni. boleh di katakan setiap hari lah kakma masak sayur bayam sampa naik bosan jugak lah, bab kerang lak memang sedap lah kan tapi sedihnya kakma ni kulit alergik kalau makan kerang mesti gatal2.

Bacaan HB tetap Rendah


Selepas kakma cuba pelbagai cara yang di syorkan yang sedihnya HB kakma tetap rendah kalau naik pun sikit sangat dan ada juga makin turun. Sehinggakan kakma terpaksa buat pemeriksaan setiap 2 minggu. Alhamdulillah kakma selamat bersalin anak pertama. Masa bersalin tu hanya ALLAH yang tahu betapa risaunya bila kakma ingat balik risiko2 yang di katakan oleh nurse dan doktor. Mereka tak salah ini kerana tugas mereka untuk bagitahu agar kita berjaga-jaga.


Disahkan Hamil Anak Ke 2


Lepas anak sulung kakma berumur setahun 2 bln kakma di sahkan hamil anak ke 2 dan sedihnya bacaan Hb masih Rendah. Kakma ikhtiar lagi untuk naikkan HB tapi sedihnya bacaan Hb makin menurun sehingga bacaan 8.8. Di akhir kehamilan doktor minta kakma buat pemeriksaan thalesimia dan akhirnya kakma di sahkan Thalesimia thread (pembawa thalesimia). Doktor bagitahu normal bagi pembawa thalesimia HB Rendah. Namun risiko seperti tumbah darah dan bayi mati dalam kandungan tetap ada.

Hamil Anak ke 3 Bacaan HB cantik


Selepas 5 tahun kakma di sahkan hamil anak ke 3 dan kali ni kakma dah memang amalkan vitamin sejak sebelum hamil.Syukur masa pemeriksaan hamil kali pertama bacaan HB kakma cantik tak ada lagi tulisan merah dalam buku pink kakma. Dan paling seronok bacaan last sebelum bersalin ialah 14.2 kakma tak pernah dapat bacaan macam tu walau masa anak dara. Ini membuktikan walau kakma “pembawa Thalesimia” bacaan Hb tetap boleh naik jika amalkan vitamin yang sesuai dan betul.

risiko HB low semasa hamil


Vitamin Yang Kakma Amalkan


Kakma kongsikan Vitamin yang kakma amalkan. Ini lah dia vitamin 3 serangkai yang memang kakma amalkan dari sebelum hamil hingga sekarang kerana kakma masih menyusukan sepenuhnya anak ke 3 kakma yang dah berusia 2 tahun 3 bulan.

cara atasi Hb ;ow semasa hamil


Set Hamil Shaklee


Vitalea with iron Formula – Multivitamin yang kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA. Jadi kepada ibu- ibu yang mengalami tekanan darah atau hb rendah boleh mengambil 2 biji vitalea sehari.

Sustained Release Vitamin C – Fungsi utama pengambilan vitamin c adalah untuk membantu penyerapan zat iron yang terdapat dalam vitalea. Jadi ia digalakkan telan sekaligus dengan vitalea demi untuk naikkan bacaan Hb. Selain itu ia melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
 
B Complex –  lengkap dengan folic asid yang mana sangat penting dalam penghasilan Hormon & sel- sel Darah merah dan penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
 
 
 
Buat anda yang ada masalah HB Rendah semasa hamil seperti kakma cuba lah ikhtiar dengan set hamil shaklee ni, In sya ALLAH anda pun akan dapat result seperti kakma. Kakma akan kongsikan cara makan yang betul dan tips2 yang kakma amalkan supaya anda tiada masalah HB Rendah semasa hamil.
 

Jika anda ingin dapatkan produk ini boleh hubungi kakma , klik sini utk whatsapp http://kakmashaklee.wasap.my/  

 
SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.

CARA MERENCATKAN SEL KANSER DAN MERAWAT KANSER PAYUDARA DARIPADA BERULANG DENGAN RESVERATROL

Cara merencatkan sel Kanser? ada ke caranya? ya ada mengikut kajian RESVERATROL terbukti boleh merencatkan sel kanser dan merawat kanser daripada berulang.

 Testimoni

Kakma ingin kongsikan kisah seorang pesakit kanser yang telah disahkan mengidap kanser payudara. Selepas beliau habis buat kimoterapi, beliau telah mengamalkan secara konsisten nutriferon, vitalea , vitamin C dan juga Ostematrik. Beliau juga telah ambil vivix dlm masa 6 bln sebelum checkup seterusnya.
Semasa checkup seterusnya keputusan darah beliau sangat bagus lalu beliau bertanya doktor adakah ubat untuk merawat penyakitnya?

Apa kata Doktor?

Doktor beritahu tidak ada tetapi, mereka sekarang sedang buat kajian satu substance yang dipercayai mampu merawat kanser payudara dan mengelak kanser itu berulang lagi. Mereka memperuntukkan geran 1 juta dolar untuk kajian mereka itu. Substance yang tengah mereka kaji adalah resveratrol.
Selepas mendengar penjelasan doktor beliau pun terangkan kepada doktor tu yang mana sekarang beliau memang ambil Vivix yang mana di dalam vivix terkandung Resveratrol . Doktor memang terkejut sebab beliau adalah orang pertama yg berjaya membuktikan keberkesanan resveratrol ni dalam kajian mereka tu.
Ini kerana hasil checkup darah beliau sangat bagus yang mana sel kanser tidak merebak.
 
 
Anda boleh tengok gambar di atas yang mana 4 kajian tentang kesan resveratrol yang telah merencatkan 4 jenis sel kanser iaitu kanserpayudara, kanserkolon, kanserprostat dan Lungcancer.Ini membuktikan yang revesrotrol sangat berjaya menghalang serta merencatkan sel kanser daripada merebak.
 

Kandungan REVESRATROL di dalam Vivix

Ini membuktikan produk vivix bukan sekadar testimoni tapi dibuktikan oleh kajian saintifik dan revesratrol dalam vivix adalah paling tinggi berbanding produk lain.
Dan shaklee sentiasa jamin produknya SEMULAJADI SELAMAT & BERKESAN…
 
 

Lihat lah bagaimana bekas pengidap kanser ini survive. anda mungkin terkejut tengok perubahan beliau.


Jika anda atau saudara anda telah di sahkan pengidap kanser jangan berputus asa kerana setiap penyakit ada penawarnya dan kakma sangat syorkan Vivix shaklee ini.

Jika anda ingin dapatkan produk ini boleh hubungi kakma , klik sini utk whatsapp http://kakmashaklee.wasap.my/

SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.


SELAMAT DATANG

Alhamdulillah hari ini 27 september 2017 dengan rasminya blog Vitamin Cinta dirasmikan. Semoga perkongsian di dalam Web VitaminCinta ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee boleh hubungi Kakma