APA ITU KANSER LYMPHOMA


Apa itu kanser lymphoma

Apa itu kanser Lymphoma?

Kanser Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes(limfosit). Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila limfosit berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.Kanser lymphoma menjejaskan sistem limfa.

Kanser Lymphoma terbahagi 2

1) Lymphoma Non-Hodgkin selalunya menyerang pesakit 55thn ke atas.
2) Lymphoma Hodgkin pula selalunya menyerang org muda berusia 15 hingga 20thn dan mereka yang berusia 50thn ke atas.Tetapi apa yang membimbangkan banyak kes kanak-kanak seusia 3 tahun sudah diserang kanser lymphoma jenis ini.

Tanda - tanda kanser lymphoma



Tanda- tanda kanser Lymphoma 

  • sering keletihan
  • merasa ketulan atau gumpalan pada leher, perut, bawah lengan atau pangkal paha
  • gatal-gatal tanpa sebab diseluruh badan
  • hilang nafsu makan
  • berpeluh-peluh diwaktu malam
  • Kesan merah pada kulit-batuk-Sakit perut,pening dan muntah
  • hilang berat badan tiba-tiba

Antara Punca-Punca terjadinya Kanser Lymphoma

Walaupun doktor belum dapat mengesahkan punca sebenar terjadikan kanser Lymphoma ini tetapi ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat kanser ini.
– Pendedahan kepada ubat pembunuh serangga ,
– merokok,
– bekerja di dalam industrik berkaitan kayu ,
– sistem imun dan daya tahan penyakit yang rendah
– jangkitan kepada beberapa jenis virus.
Bagi mengesahkan pesakit mengidap kanser lymphoma, penyakit ini akan didiagnos selepas membuat biopsi dibahagian tisu yang mungkin sakit. Jika keputusan biopsi dan ujian lain menunjukkan pesakit mengidap Kanser Hodgkin Lymphoma maka banyak lagi ujian yang akan dilakukan untuk mengenalpasti kanser berada ditahap mana dan sejauh mana ia merebak.

Dari segi rawatan Kanser Lymphoma, pakar perubatan akan menjalankan semua pemeriksaan dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai. Antara rawatan yang disediakan adalah terapi biologik atau imunoterapi, kemoterapi, terapi sasaran, terapi steroid, terapi radiasi, pemindahan sel stem dan pembedahan.

Cara Pencegahan

Walaubagaimanapun kita perlu berikhtiar untuk tidak mendapat penyakit kanser Lymphoma antaranya  kita perlu menjaga pengambilan makanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.Pemakanan kita memainkan peranan penting. Senaman pula membantu meningkatkan sistem imun atau daya tahan penyakit dalam diri kita, menguatkan tubuh serta membantu mengawal berat badan. Mengenai pemakanan, kita dinasihati supaya mengambil lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dimakan setiap hari.

Pengambilan daging merah seperti daging lembu atau kambing pula dikurangkan kepada 70 gram sehari, sementara pengambilan makanan dalam tin, makanan barbeku dan makanan yang diawet serta makanan segera seeloknya tidak di ambil terus.Ini menunjukkan betapa penting kita mengambil makanan tambahan iaitu vitamin untuk memenuhi diet seharian kita.

 Semoga kita semua terhindar dari bermacam jenis penyakit sekarang ini terutamanya kanser Lymphoma ini.