Cara Kita Raikan Me-Time Mungkin Berbeza Namun Semua Kita Perlukannya

Kakma suka baca tulisan dari mentor Bisness merangkap upline kakma master Lyna Noh mengenai erti Me-time , memang tak di nafikan kita sebagai seorang ibu dan isteri memang memerlukan me-time , tapi bagaimana kita enjoy me-time kita mungkin berbeza.

Jom baca tulisan beliau mungkin dapat membantu kita semua.

 

“Saya tak ada peluang pun nak keluar walaupun sekejap, adakah saya terus terperangkap dalam stress kerana tak ada me-time?”

Satu mesej singgah di inbox saya.

Beliau adalah seorang surirumah yang PJJ (suami bekerja di negeri yang jauh). Kelurga pun jauh. Saban hari beliau menjalankan rutin bersama anak-anak.

Stress. Ya, sangat stress. Tapi seolah2 tiada jalan. Untuk mengikut suami adalah tak mungkin kerana tugasnya di tempat yang ‘remote’.

Bagaimana nak me-time?

Sebab itu kita kena faham mitos2 me-time ni.

Kalau me-time itu keluar shopping, mungkin me-time bukan hilangkan stress, tapi bertambah stress bila duit makin susut’

Kalau me-time itu keluar minum2 dgn kawan, mungkin me-time tambahkan stress bila hati asyik risaukan anak yang ditinggalkan.

Me-time adalah masa-masa utk kita membelai diri kita. Masa kita luruskan apa yang patut diluruskan. Masa kita kembalikan semula siapa diri kita yang sebenar.

Me-time adalah masa untuk kita slowdown, susun semula apa yang serabut dalam otak, luruskan semula perancangan2 dan rutin harian kita. Nikmati semula kehidupan kita sebagai DIRI KITA.

Lain orang lain cara me-time mereka. Ada orang me-time dgn bersosial. Ada orang me-time dgn bersendirian. Ada orang me-time dgn seseorang.

Kalau tak tahu cara me-time yang bagaimana perlu kita buat, sesuaikanlah dgn cara hidup masing2.

Jika tak boleh tinggalkan anak, samada tiada orang jaga atau tak sampai hati nak tinggal sejam dua, uols boleh buat aktiviti me-time dgn anak2 di depan mata. Anak2 kita ni, tidaklah 24 jam kita nak perhatikan dia saja kan? Ada masa dia tidur, ada masa dia main, ada masa dia rehat… semasa anak2 dalam situasi tak perlukan perhatian kita sangat, itulah antara waktu utk me-time.

Boleh buat apa? Baca buku, mengaji, baca Terjemahan, tengok movie, chitchat dgn kawan, mengait, menjahit, berkebun, lipat baju, bersenam… eh macam2 lah.

Me-time akan buat kita lebih menikmati kehidupan kita… bukan utk lari seketika dari kehidupan rutin. Lari lari pun tak ke mana, nanti kena balik juga. Stress balik.

Tapi macamana kalau tak sempat pun nak buat semua tu? Hari2 terkejar2.

Sebenarnya sendiri pernah alaminya. Saya rasa “TAK SEMPAT” “TAKDE MASA”. Dan bila kita rasa kita tak sempat, kita memang takkan sempat.

Dan akhirnya saya berfikir… “Sampai bila aku nak macam ni?” Ye lah asyik tak sempat aje kan.

So, saya tukar. “Sempat ni” “Masa tu ada”. Masha Allah memang sempat sangat2.

Sebelum ni mgkn tak sempat sbb asyik fokus ‘tak sempat’. Dan sebab rasa tak sempat tu, saya tak pernah sit back & relaks.. saya biarkan diri tenggelam dalam masalah tak sempat tu. Sampai tak sempat nak fikir pun.

Dan bila saya ambil masa, susun fokus dan fikir lurus2… sebenarnya banyak je masa! Ada je masa boleh diselit2. Dan akhirnya ia jadi biasa dah.

Ingat, tiada masalah yang kita hadapi ni tiada penyelesaian atau hikmahnya. Cuma mungkin kita tak nampak sbb kita rasa tak sempat nak belai diri sendiri.

9 CIRI PRODUK YANG MENGANDUNGI MERKURI MERBAHAYA YANG PERLU ANDA KETAHUI

Bagaimana kita boleh mengenali ciri- ciri produk yang mengandungi Merkuri merbahaya? In sangat penting kita mengetahui ciri- ciri produk yang ada mertkuri agar kita dapat menghindari dari menjadi mangsa produk berbahaya ini. Terlebih dahulu Sebagai seorang pengguna yang bijak anda haruslah membaca & memeriksa label setiap bahan yg terkandung di dalam setiap produk kosmetik anda. Anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang bahan yg melibatkan alkohol, merkuri serta bahan kimia lain yg terkandung di dalam kosmetik anda. Sebaiknya, pilihlah produk yg benar-benar berasaskan bahan semulajadi. Walaupun sedikit mahal, namun ia takkan mendatangkan risiko buruk kepada anda di kemudian hari.

Selain dari membaca dan mengkaji bahan-bahan yg disenaraikan, anda juga boleh memeriksa sendiri 9 perkara ini ke atas produk anda gunakan:

 9 ciri Produk yang mengandungi merkuri merbahaya

》Tidak homogen. Bila ia dibiarkan lama sedikit, terdapat lapisan minyak terpisah daripada lapisan yg padat.
》Melekit-lekit. Krim/produk tersebut sukar untuk diratakan pada kulit.
》Biasanya krim/produk berwarna putih kekuningan.
》Kulit anda menjadi putih/cerah segera selepas menggunakannya. Putih/cerah yg lain macam – seakan pucat.
》Tiada langsung jerawat tumbuh walaupun kecil. Ini petanda menunjukkan bahawa lapisan epidermis anda telah rosak. Bakteria/kuman pun tak sudi nak hidup di kawasan yg telah rosak!
》Bau logam yg kuat. Ataupun terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan bagi melindungi bau logam.
》Berkilau/’bling-bling’ bila disapukan pada kulit. Sebab ia adalah logam!
》Bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit menjadi gatal, bintik-bintik atau menjadi kusam kehitaman seperti lebam.
》Kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari. Akan menjadi kemerahan & pedih seperti rasa terbakar/melecur.

 Jangan bahayakan diri sendiri

Ingin kakma ingatkan, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan ambil tahu ciri-ciri produk yang mengandungi Merkuri agar kita dapat mengelak dari mengunakan produk yang ada merkury merbahaya. Jangan terpengaruh dengan ‘janji-janji manis’ yg diberikan oleh para peniaga semata-mata. Kaji betul-betul bahan yg ada di dalam setiap produk yg ingin dibeli. Kecantikan itu penting. Tapi muka kita lebih berharga. Sebab kita hanya ada 1 MUKA SAHAJA sampai bila-bila dan setiap apa yang ada di badan kita adalah amanah yang perlu di jaga dan akan dipersoalkan kelak.

Nak dapatakan produk penjagaan wajah yang di jamin selamat dan semulajadi Klik sini