Pengedar Shaklee Aktif Area Kota Bharu Machang Pasir Putih Kelantan

ANDA MENCARI PENGEDAR SHAKLEE AREA KELANTAN ?

Alhamdulillah anda sudah jumpa orang yang tepat kerana saya adalah Pengedar Shaklee Kelantan yang anda cari.

Saya Maisarah Md Saupi Adalah Pengedar Shaklee kelantan Paling aktif sejak 2012

KENAPA ANDA PERLU PILIH SAYA

Ready Stok

Kami Pengedar Shaklee Kelantan sentiasa ada Ready Stok dan boleh COD terus ke tempat anda dengan segera. Hampir setiap hari Kami pergi ke Branch Shaklee untuk dapatkan stok terbaru.

 

Berpengalaman dan Terlatih

Saya telah menjalankan Bisness Shaklee sejak 2012 iaitu sudah 7 tahun dan Merupakan Leader Shaklee sejak Oktober 2012. Saya juga merupakan pengguna Shaklee sejak 2011.

Saya adalah Pengedar shaklee Kelantan terlatih yang mana telah terpilih menghadiri kursus yang telah dianjurkan shaklee iaitu Shaklee Akademi. Dan setiap bulan saya akan menghadirikan diri ke Health & Welness Talk yang di sampaikan oleh Pakar Nutrisi Shaklee.

Konsultansi  Terbaik

Bila anda membeli dengan kami, anda akan dapat konsultansi secara percuma dan berterusan sehingga masalah anda selesai. Saya akan bagi jadual makan vitamin mengikut masalah anda. Saya merupakan pengedar Shaklee yang mendapat bimbingan dari pakar nutrisi Shaklee dan kami juga merujuk beberapa orang doktor yang mana ada Doktor dalam kumpulan kami.

Konsultansi Before & After Sale

Saya akan cadangan Suplemen yang paling sesuai untuk masalah anda dan akan guide anda cara makan paling berkesan dan akan konsult anda secara berterusan.

Anda boleh buat temujanji dengan saya jika ingin terus membeli di branch shaklee Kelantan iaitu di Kota Bharu. Berita Baik anda boleh menggunakan kad kredit untuk membuat pembelian di Branch Shaklee

 

Group Terbesar Di Malaysia

Saya adalah Leader Shaklee di Rank Key Coordinator dan merupakan Founder OMS sejak 2012 Yang mana OMS group berada di bawah Group Shaklee terbesar di Malaysia iaitu di bawah Presidential Master Lyna Noh (IREACH) dan Presidental Master Hadhatina (SUPERMOM) yang mana jualan bulanan mencecah 5 juta sebulan.

IREACH FAMILY
SUPERMOM SHAKLEE
Kawasan Liputan

Ini antara kawasan yang saya selalu COD dan boleh COD jika anda membeli dengan kami

Kota Bahru

Machang

Pasir Putih

Tanah Merah

Ketereh

Kok Lanas

Nilampuri

Kuala Krai

Gua Musang

Untuk anda yang berada jauh dari Kawasan di atas atau jauh dari Kelantan saya menggunakan khidmat Pos laju dan Gdex  selalunya barang akan sampai dalam masa 2-3 hari jika anda buat bayaran sebelum jam 3 petang proses pengeposan akan dilakukan pada hari yang sama.

 

Trusted Sealer

Sudah Beribu orang saya bantu sejak 2012 , Ini antara customer yang berurusan dengan saya daripada pembelian bawah RM100 hingga beribu ribu ringgit.

Hubungi Saya untuk Temujanji

Maisarah Md Saupi

Hp : 019-3624134

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Mungkin ramai yang masih belum tahu apa kelebihan menjadi ahli shaklee. Ini kerana jika anda tahu apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee sudah tentu jika anda memang mengamalkan vitamin shaklee sudah pasti anda memilih untuk mendaftar menjadi ahli shaklee.

Jadi hari ini kakma ingin kongsikan kelebihan menjadi ahli shaklee apabila anda  mendaftar ahli shaklee dengan kakma.

 

9 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

1. Anda layak membeli produk Shaklee dengan harga ahli di mana potongan harga antara 15-25%.

2. Anda layak membeli sendiri secara online di web khas untuk pengedar Shaklee. https://www.shaklee2u.com.my/mbst_en/mblogin.php (Masuk sistem dgn id dan password yg shaklee SMS semasa daftar ahli). Berita baik jika anda membeli secara online anda akan jaminan produk yang di pos oleh shaklee jika berlaku sebarang masalah shaklee akan bertanggungjawap.

3. Shaklee menetapkan Harga serata bagi proses pengeposan iaitu rm10 jika anda buat belian bawah rm600 dan jika belian rm600 ke atas pos pengeposan adalah percuma keseluruh semenanjung Malaysia dan termasuk sabah dan serawak.

4. Sekiranya pembelian and mencapai had uv (point) minima sekurang-kurangnya 150 uv bersamaan +- RM480 dalam bulan yang sama, anda layak menerima bonus sebanyak 5%. % bonus akan meningkat mengikut jumlah uv atau belian yang dibuat walaupun membeli hanya untuk makan sendiri sahaja.

Potensi Bonus Shaklee <— klik sini

5. Pemberian bonus sekiranya ada, akan dimasukkan ke akaun Anda selewat-lewatnya 15hb setiap bulan.

6. Anda layak untuk buat pemeriksaan di branch dan Hq shaklee. Antara pemeriksaan di sediakan ialah

. Skin analisis
. Bone check
. BMI / Body check
Anda baleh buat temujanji dengan pakar nutrisi shaklee dan pakar nutrisi akan bagi penerangan mengikut hasil ujian.

7. Keahlian Shaklee adalah untuk seumur hidup. Tetapi setiap tahun perlu activate keahlian dengan membeli voucher bernilai RM30 dan akan direbate semula dalam pembelian produk Shaklee. Atau buat pembelian 200uv automatik ahli renew.

8. Setiap bulan shaklee akan buat promo untuk produk. Dan anda layak membeli produk shaklee dengan harga promo yang jauh lebih jimat dari harga biasa.

9. Sekiranya berminat dan mula serius untuk berbisnes, an jdauga mempunyai peluang untuk mendapat bonus-bonus lain lagi seperti cash insentif, bonus kereta, bonus melancong dalam dan luar negara serta mengerjakan Umrah.

Kakma Hadiahkan Trip Umrah Untuk Mak

 

Sebenarnya Banyak lagi kelebihan menjadi ahli shaklee tapi kakma senaraikan dulu 9 kelebihan di atas.

Kenapa Bisnes shaklee menjadi pilhan kakma <—- klik sini

Jika anda Berminat ingin Berdaftar dengan kakma boleh hubungi kakma di talian 019 362 4134 atau klik icon di bawah.

Cara Daftar Ahli Shaklee < —- klik sini

 

 

Cara Merawat Luka Melecur Anak Terkena Kuah Panas

Kakma ingin kongsikan pengelaman seorang ibu merawat luka melecur anaknya yang terkena kuah panas.

Kisah ini kakma ambil dari perkongsian Puan Siti Nurfizah Bt Ahmad yang di kongsikan di page Supermom Shaklee Story

Luka Akibat Melecur PAda Tangan Anak Beransur Sembuh Selepas disapu Krim Herba Blen Shaklee.

Anak adalah anugerah Allah. Bila si anak terluka sikit, pedihnya hati ibu susah untuk diungkapkan. Lagi-lagi apabila ianya berlaku ketika kita tidak bersama mereka.

Melecur terkena Kuah Panas

Saya bekerja dan anak tinggal bersama babysitter. Luluh hati bila dimaklumkan oleh babysitter tangan anak saya iaitu Izzah (setahun dua bulan) melecur terkena kuah panas.

Ikhtiar sapu Krim Herba Blend

Saya ikhtiar, sapukan Herbal Blend Shaklee serta merta. Hari keempat sapu, saya dan suami agak resah sebab nampak luka makin basah. Tapi atas nasihat upline Shaklee saya iaitu Nur Salwa menyarankan untuk terus sapu Herbal Blend tersebut, kami teruskan. Anak pun selesa. Krim yang selamat dan tidak memedihkan.

Alhamdulillah. Semakin hari semakin cantik kulit Izzah. Ternyata krim Herbal Blend Shaklee sesuai untuk mengubati kulit Izzah yang melecur terkena kuah panas. Tragedi yang pedih tapi lega apabila melihat kulit i=Izzah pulih seperti biasa.

Herbal Blend Shaklee harga mampu milik dan beri kesan yang terbaik.

Satu Rumah Satu Herbal Blend.

Macam mana nak dapatkan Krim Herba Blend

Hubungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

 

Cara Atasi Sakit Senggugut Yang Sang Teruk Sehingga Setiap Bulan MC

Masalah Senggugut memang perkara biasa bagi wanita yang sudah baligh atau datang haid. Tapi ia menjadi tidak biasa bila senggugut itu terlalu teruk dan sakit.

Bila senggugut datang memang akan mengganggu rutin harian kita terutamanya yang berkerja kerana bila senggugut terlampau sakit ia membuatkan keadaan terpaksa pergi ke klinik untuk dapatkan pain killer dan terpaksa cuti sakit.

Ketahui senggugut mungkin tanda awal anda Cyst <— klik sini

Kakma ingin Kongsikan kisah yang di kongsikan oleh Puan Hasmimie sendiri mengenai pengalaman beliau yang mengalami senggugut yang teruk.

Masalah Senggugut Semakan Berkurangan Selepas Amalkan Ostematrik dan GLA Complek Shaklee


Assalamualaikum. Saya hasmimie arrfin saya nak kongsikan kisah mcmne saya bebas dari masalah senggugut yang sangat teruk.

Setiap Bulan Wajib MC

Semasa bujang. Tiap-tiap bulan hari 1st datang haid memang wajib dapat MC. Sampai muka ni dah naik malu mana tidak nya. Doc yang merawat tu lelaki sampai satu tahap bila datang klinik doktor cakap ye mimie, period paint ya, doc pun dh kenal..aduhh..merah muka.

Bila diserang senggugut memang tahap berguling, tidut merengkuk menahan kesakitan yang amat sangat. Siapa yang pernah alami mesti tahu macamana sakitnya tu. Kalau hari 1st kena time dekat office memang nak jalan pun pegang dinding membongkok2 macam nenek sibongkok tiga..Sakittt..

Berkenalan dengan Ostematrik

Suatu hari alkisah bermula selepas officemate promote si putih putih melati Ostematrix kepada saya. Niat dia share pasal Oste tu sebab dia tahu saya ni jenis tak minum susu. Ingat lagi ayat dia,Adik,elok ambil kalsium ni. Sekarang masa bujang adik tak pikir lagi. Esok2 dah kawen baru adik tahu. Adik tu dah lah tak minum susu. Nanti adik menyusu baby,baby tarik semua kalsium adik adik plak tak minum susu so darimana adik nak dapat kalsium untuk adik plak?

Itu lah yang jadi reput gigi,reput tulang sbb baby dh tarik kalsium adik. Lagi 1 adik tu senggugut teruk bagus adik ambil oste ni. Sebab kalsium membantu mengekalkan otot dalam badan yang menghalang daripada kekejangan. Adik pun selalu mengadu sakit-sakit badan kalau banyak jalan dan naik tangga. Tu sebab adik kekurangan kalsium la.

Saya pulak jenis kalau kawan berniaga memang senang nak tergoda untuk membeli. Hihi. So saya pun decide beli oste pada bulan itu. Selepas mencuba sebotol siputih Ostematrix alhamdulillah haid bulan berikutnya tu saya tak diserang senggugut lagi.

Menunggu2 juga kononnya bila lah nak senggugut..hahhaa.. Waaahhh.. ini ajaib.. memang benar-benar berkesan. Badan pun dh takda sakit-sakit sangat ulang alik turun naik tangga. Dan satu lagi yang saya perasan saya dah tak perlu tunggu 3 4 hari atau kadangkala seminggu untuk membuang. Rupa-rupanya kandungan magnesium dalam Oste tu membantu otot usus menjadi lebih relaks & lancar. Najis juga lebih lembut dan lebih mudah dikeluarkan.

Bulan seterusnya saya beli Oste dan tambah GLA untuk masalah senggugut saya tu. Dan saya serta merta join jadi ahli Shaklee kerana saya sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri. 

Senggugut Tiada Lagi

Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi diserang sengugut yang sampai tahap bergulung-gulung mcm tikar mengkuang . Terima kasih officemate merangkap mak shaklee ku kerana memperkenalkan oste kepada saya.

Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya iaitu 3S : Senggugut, Sakit- sakit Badan dan Sembelit dapatkan Ostematrix & GLA hari ini juga. Pastinya takkan sia-sia 

Jika Anda Ada masalah senggugut seperti Beliau kakma memang sangat syorkan anda amalkan 2 vitamin ini. Insya ALLAH pasti akan dapat kesan seperti puan mimie.

Macam mana nak dapatkan Set Sunggugut Shaklee?
HUbungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Vivix Shaklee – 10 Kelebihan Anggur Muscadine Salah Satu Kandungan Utama Vivix

Kenapa vivix Shaklee ni sangat berkhasiat dan terbaik? untuk pengetahuan anda salah satu kandungan utama vivix adalah Anggur Muscadine yang mana memang terbukti secara saintifik mempunyai banyak khasiat.

 

Kakma kongsikan 10 Fakta tentang Anggur Muscadine yang anda perlu tahu.

Tumbuh di kawasan PANAS & LEMBAP

Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.

Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak resveraterol dan polifenol. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.

SAIZ SEBESAR BOLA GOLF

Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF! Saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.

MEMPUNYAI KULIT YANG BESAR & KERAS

Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .

BOLEH MELINDUNGI DIRI DARIPADA BAKTERIA & KULAT

Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.

Hal ini kerana anggur ini mengandungi resveraterol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.

MEMPUNYAI 20 PASANG KROMOSOM

Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.

Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.

TIDAK MEMERLUKAN SEMBURAN RACUN PEROSAK

Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak!!

MEMPUNYAI ORAC PALING TINGGI

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIES

KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

MENGANDUNGI RESVERATEROL 6X LEBIH TINGGI

Ia mempunyai kadar RESVERATROL 6x lebih tinggi dari anggur merah.

ANTIKANSER & ANTIRADANG

Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.

 

Kalau anda nak tahu, sekilo buah anggur muscadine ni mencecah ratusan ringgit. Sebab tu la Vivix ni agak mahal harganya. Walau pun harganya mahal, masih ramai yang mengamalkannya kerana kesannya terhadap tubuh badan sangat SUPERB. Nilai sebotol vivix sangat berbaloi dilaburkan untuk membantu mendapatkan kesihata  yang sudsh tentu lagi mahal nilainya.

Macam mana nak dapatkan Vivix Shaklee?

HUbungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Sakit Kepala Mungkin Migraine Atau Mungkin Penyakit Yang Lebih Serius

Anda ada tanda tanda sakit migraine? Kakma nak kongsikan satu tulisan yang di tulis oleh Doktor Khairul Faizie di FB beliau yg sangat berguna untuk kita. Mungkin kita sedang mengalami Sakit kepala adakah ianya sakit migraine?

Ada ramai patient yang datang dengan aduan ” saya migraine “. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala. Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hingga lah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri ciri nya.

Apa itu migraine?
==============

Secara mudahnya utk faham , migraine ialah:
1- Sakit kepala yang cirinya berdenyut denyut ( throbbing pain).Sakit berdenyut denyut ini agak kuat atau sangat kuat ( bukan sakit kepala biasa, sikit sikit)

2- Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri, atau kanan.

3- Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas kebas.

3 perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. 3 perkara ini yang biasanya doktor akan tanya utk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.

Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan ( seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak ) dijalankan dan di dapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.

Faktor keturunan?

Migraine memang di ketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.

Peringkat umur?

Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak kanak jarang di laporkan, antara sebabnya kanak kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.

Bagaimana migraine di diagnos?

Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yg mungkin menyebabkan sakit kepala, di ketepikan. ( Diagnosis of exclusion). Makna nya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang ( lumbar puncture) utk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda. Andai semua test ini negatif hasilnya, dan ciri ciri sakit kepala nya menepati 3 kriteria yg di tulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine headache.

Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yg di suspek migraine, perlu jalani test yang di tulis tu. Ramai yg di diagnosed based on ciri ciri simptom nya sahaja, dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak di ikuti simptom2 lain yang bahaya / warning simptom.

Punca migraine?

Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak, dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik di dapati ada main peranan.

Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak di ketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil ” trigger factor”. Tiggers factor nya ada yg bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan.
Kena kenal pasti trigger faktor, dan cuba elak kan. Lain orang, lain trigger factor nya.

Antara trigger factor nya ialah:
– datangnya haid
– stress
– terlampau gembira / murung / kerisauan ( anxiety)
– kurang rehat / kurang tidur
– faktor makanan seperti caffeine, coklat, buah buahan citrus.Juga makanan yg ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk, dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese.

– faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising , bauan yg kuat / mengganggu, perubahan cuaca.

Fasa fasa migraine

Sebenarnya, ada 4 fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa fasa ini, dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je ( fasa ke 3).

Penting untuk memahami fasa fasa migraine ini, sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.

Fasa 1 : Prodrome
Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung utk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘ pre- headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tiba nya simptom sakit kepala. Sekitar 30 % – 40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.

Antara simptom Fasa 1 ialah:
– sakit leher
– rasa penat
– food craving
– mengantuk atau menguap berlebihan
– sembelit atau cirit
– sukar utk fokus
– rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan
– perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah

Fasa 2 : Aura.
Sekitar 20 – 25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini.
Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.

Ada 2 jenis aura yang biasa di alami oleh pesakit migraine.
Auditory Hallucination dan Visual Hallucination.

Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud ( auditory hallucination)
– Nampak perkara yg tidak wujud ( visual hallucination ) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak/ jadi blurred vision, walhal mata& penglihatan sebenarnya normal.

– Vertigo, iaitu perasaan rasa berpusing ( bukan pening)
– Simptom allodynia, iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit..ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.

Fasa 3: Headache
Ini lah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa.
Ajaib nya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Makna nya mereka tidak sakit kepala ! Ini dipanggil migraine aura without headache.

Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni di ciri kan sebagai:
– sakit berdenyut denyut
– sakit pada sebelah kepala
– sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa
– tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam
( bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital).

-sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal.
– rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus ( sebab penglibatan saraf trigeminal di muka).
– rasa mual / muntah
– sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan ( osmophobia), bila ada bunyi ( phonophobia) dan pada cahaya ( photophobia).

Fasa 4: Postdrome
Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.

Antara simptom Fasa 4 ialah:
-keletihan
– mood jadi rendah / hilang mood
– sukar beri tumpuan
– sukar buat keputusan

Jenis Jenis Migraine

1) Migraine with aura
Iaitu migraine yang ada simptom aura ( Fasa 2 ) seperti yg dijelaskan.

2) Migraine without aura
Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs ( simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.

3) Migraine aura without headache
Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.

Maka, fahami dulu penerangan ringkas yg aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.

Insya Allah, dalam tulisan berikut nya, aku akan tulis tentang rawatan migrane .

 

Moga bermanfaat.

Sengugut Teruk Semasa Haid Mungkin Tanda Anda Ada Ovarian Cyst

Senggugut semasa haid mungkin perkara biasa yang dialami oleh kaum wanita , tetapi jika keadaan sakit senggugut terlalu sakit dan berterusan ia mungkin tanda awal anda ada Ovarian Cyst.

Antara tanda tanda lain seseorang wanita itu ada Cyst ialah

  • Haid tidak teratur adakalanya datang terlalu lama dan kerap dan ada juga keadaan tidak datang haid setiap bulan.
  • Sakit ketika melakukan hubungan suami isteri
  • Perut Buncit seperti Hamil dan keras
  • Perut terasa senak dan ngilu
  • Sakit Belakang dan pinggang
  • Muntah atau Pening Kepala
  • Sukar Hamil
  • Kerap Keguguran
  • Sakit Lutut dan Tumit
  • Kerap buang air kecil antara 10 hingga 15 kali sehari
  • Selalu Kekejangan Otot
  • Selalu kembung perut
  • Keputihan teruk 

Baca Lanjut mengenai Cyst <—– disini

Cara Kesan dan Rawatan Cyst

  • Ujian ultrasound / CT Scan boleh membantu mengesahkan status cyst ini.
  • Rawatannya bergantung pada saiz cyst, usia pesakit, kekerapan kesakitan berlaku dan jenis cyst itu sendiri.
  • Jika berisiko tinggi, pembedahan untuk mengeluarkan Cyst tersebut daripada ovari dan sampel sel diuji samada mengandungi sel kanser atau tidak.
  • Jika Cyst terlalu Besar apa yang ditakutkan ia sudah merosakkan rahim atau tiub Fallopian dan terpaksa di buang situasi ini sangat menyedihkan bagi kaum wanita.

Kakma nak kongsikan satu cara yang boleh anda ikhtiar untuk kecutkan Cyst yang sudah ramai cuba dan berkesan.

Testimoni 1

Cyst berukuran 5cm hilang selepas 2 minggu amalkan vitamin Vivix , carotomax dan Gla Complek

Testimoni 2.

Cyst berukuran 10Cm kecut menjadi 2 cm setelah amalkan Vivix shaklee.

 

Testimoni 3

Cyst Clear selepas 8 bulan amalkan Gla complek dan set ACE dan 2 bulan amalkan vivix shaklee.

Jika anda nak dapatkan vitamin untuk kecutkan Cyst boleh Hubungi saya

 

  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md Saupi  

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Kanser Buah Pinggang Sembuh setelah Konsisten Makan Vitamin

Perkongsian Dari Fb Master Haji Roslan Ghazali

Dah lupa pakai tongkat
(Kisah benar)

Petang tadi saya di kunjungi biz leader level kedua Dr Zarina Mahmood seorang Doktor pakar di Hospital Selayang.

Beliau bawa ibunya Hajah Fatimah berumur 88 tahun yang dulu mengidap penyakit 3 serangkai (jantung, kencing manis dan darah tinggi).

Beliau didiagnos kanser buah pinggang yang kronik dan sudah berkerusi roda tahun lepas, setelah berbincang dengan keluarga, Keluarga bersetuju untuk tidak buat operation atau kemo sebab umur yang lanjut.

Dr Zarina memberi produk shaklee terutamanya vivix 2 kali sehari.

Alhamdulillah sekarang bengkak kaki dah surut dari tak boleh berjalan sekarang dia lupa tongkat dan dapat berjalan sendiri.

Semua medical report ada d hospital Selayang , anaknya pun seorang doktor pakar. Ini bukan over claim ya.

Bagusnye makcik ni sebab dia amat disiplin makan product shaklee tanpa di suap.

Cuma saya agak teruja seorang Doktor pakar sanggup redah hujan dari Rawang ke Kemensah unutk coaching dan amat yakin dengan masa deapn shaklee, anda bagaimana?

Real Story Real People

#shakleeEffects

Nak dapatkan Vivix Shaklee? Hubungi saya

 

  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md Saupi  

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak Aktif Cod

Anda mencari Pengedar Shaklee Aktif di Bintulu Sarawak? Susah nak dapatkan Produk Shaklee area Bintulu Sarawak ? Nak Cod produk Shaklee area Bintulu Sarawak ?

Kakma nak kenalkan Pengedar Shaklee Bintulu di bawah group kakma OMS yang sangat aktif COD Shaklee di Bintulu Sarawak iaitu Puan Asiah Anuar ( 0198855676 )

Kenali Lebih Dekat Puan Asiah Anuar

Anda boleh hubungi Puan Asiah Pengedar Shaklee aktif secara online dan juga aktif secara COD di Bintulu Serawak. Beliau adalah Pengedar Shaklee sejak 2016 dan sangat berwibawa dan mahir tentang Produk Shaklee.

READY STOK UNTUK PELANGGAN DI BINTULU

Insya ALLAH Puan Asiah Pengedar Shaklee Bintulu ada ready stok jika anda ingin COD dan beliau akan hantar terus ke tempat anda melalui temujanji.

Konsultansi dan Cara Makan Yang Betul

Bila anda buat pembelian dengan Puan Asiah, anda akan dapat konsultansi dan cara makan yang betul mengikut vitamin yang anda beli sehingga anda dapat kesan yang anda inginkan. Anda akan mendapat konsultansi berterusan dari beliau. Beliau dan keluarga juga adalah pengguna shaklee sejak 3 tahun lepas.

Daftar Ahli untuk Lebih Jimat

Jika anda inginkan harga jimat anda boleh terus mendaftar ahli dengan beliau akan guide anda tentang produk dan jika anda ingin jadikan Shaklee sebagai Bisness , Puan Asiah boleh tunjuk ajar anda. Ini kerana beliau merupakan Leader Shaklee sejak 2016 lagi.

 

GROUP SUPPORT TERBAIK DAN AKTIF

Anda buat pilihan tepat jika mendaftar ahli dengan Pengedar Shaklee Bintulu ini kerana beliau berada di bawah bimbingan Presidential Master yang mempunyai rangkaian group terbesar di malaysia iaitu IREACH dan SUPERMOM SHAKLEE yang pernah capai sale 5 juta sebulan.

 

Hubungi Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak

 

ASIAH ANUAR
[ID: 1198543]
Call/sms/ whatsapp : 0198855676
Email: asiahanuar92@gmail.com
FB: Asiah Anuar
Blog : www.asiahanuar.blogspot.com

Cara Kita Raikan Me-Time Mungkin Berbeza Namun Semua Kita Perlukannya

Kakma suka baca tulisan dari mentor Bisness merangkap upline kakma master Lyna Noh mengenai erti Me-time , memang tak di nafikan kita sebagai seorang ibu dan isteri memang memerlukan me-time , tapi bagaimana kita enjoy me-time kita mungkin berbeza.

Jom baca tulisan beliau mungkin dapat membantu kita semua.

 

“Saya tak ada peluang pun nak keluar walaupun sekejap, adakah saya terus terperangkap dalam stress kerana tak ada me-time?”

Satu mesej singgah di inbox saya.

Beliau adalah seorang surirumah yang PJJ (suami bekerja di negeri yang jauh). Kelurga pun jauh. Saban hari beliau menjalankan rutin bersama anak-anak.

Stress. Ya, sangat stress. Tapi seolah2 tiada jalan. Untuk mengikut suami adalah tak mungkin kerana tugasnya di tempat yang ‘remote’.

Bagaimana nak me-time?

Sebab itu kita kena faham mitos2 me-time ni.

Kalau me-time itu keluar shopping, mungkin me-time bukan hilangkan stress, tapi bertambah stress bila duit makin susut’

Kalau me-time itu keluar minum2 dgn kawan, mungkin me-time tambahkan stress bila hati asyik risaukan anak yang ditinggalkan.

Me-time adalah masa-masa utk kita membelai diri kita. Masa kita luruskan apa yang patut diluruskan. Masa kita kembalikan semula siapa diri kita yang sebenar.

Me-time adalah masa untuk kita slowdown, susun semula apa yang serabut dalam otak, luruskan semula perancangan2 dan rutin harian kita. Nikmati semula kehidupan kita sebagai DIRI KITA.

Lain orang lain cara me-time mereka. Ada orang me-time dgn bersosial. Ada orang me-time dgn bersendirian. Ada orang me-time dgn seseorang.

Kalau tak tahu cara me-time yang bagaimana perlu kita buat, sesuaikanlah dgn cara hidup masing2.

Jika tak boleh tinggalkan anak, samada tiada orang jaga atau tak sampai hati nak tinggal sejam dua, uols boleh buat aktiviti me-time dgn anak2 di depan mata. Anak2 kita ni, tidaklah 24 jam kita nak perhatikan dia saja kan? Ada masa dia tidur, ada masa dia main, ada masa dia rehat… semasa anak2 dalam situasi tak perlukan perhatian kita sangat, itulah antara waktu utk me-time.

Boleh buat apa? Baca buku, mengaji, baca Terjemahan, tengok movie, chitchat dgn kawan, mengait, menjahit, berkebun, lipat baju, bersenam… eh macam2 lah.

Me-time akan buat kita lebih menikmati kehidupan kita… bukan utk lari seketika dari kehidupan rutin. Lari lari pun tak ke mana, nanti kena balik juga. Stress balik.

Tapi macamana kalau tak sempat pun nak buat semua tu? Hari2 terkejar2.

Sebenarnya sendiri pernah alaminya. Saya rasa “TAK SEMPAT” “TAKDE MASA”. Dan bila kita rasa kita tak sempat, kita memang takkan sempat.

Dan akhirnya saya berfikir… “Sampai bila aku nak macam ni?” Ye lah asyik tak sempat aje kan.

So, saya tukar. “Sempat ni” “Masa tu ada”. Masha Allah memang sempat sangat2.

Sebelum ni mgkn tak sempat sbb asyik fokus ‘tak sempat’. Dan sebab rasa tak sempat tu, saya tak pernah sit back & relaks.. saya biarkan diri tenggelam dalam masalah tak sempat tu. Sampai tak sempat nak fikir pun.

Dan bila saya ambil masa, susun fokus dan fikir lurus2… sebenarnya banyak je masa! Ada je masa boleh diselit2. Dan akhirnya ia jadi biasa dah.

Ingat, tiada masalah yang kita hadapi ni tiada penyelesaian atau hikmahnya. Cuma mungkin kita tak nampak sbb kita rasa tak sempat nak belai diri sendiri.