VITAMIN UNTUK IBU HAMIL PEMBAWA THALESIMIA

Pernah dengar thalesimia? Sebenarnya ada 2 keadaan thalesimia ni. 1 keadaan pengidap thalesimia dan 1 lagi hanya pembawa thalesimia ( carrier). Bagi pengidap memang rumit dan perlu dapatkan rawatan dan selalunya perlu melakukan tukar darah.

Bagi  pembawa thalesimia (carrier) macam kakma ni , risiko HB low masa hamil sangat tinggi.

 

kakma ingat lagi hamil anak 1st n 2nd HB sgt low.. mmg pen merah sokmo lah nurse tulis..paling teruk bacaan 8.6 memang bawah 11 bacaan Hb.

masa hamil anak ke 2 mcm2 kakma makan ikut nurse n doc bagi dan ada yg kena beli kat kedai..

petua tak payah cakap lah sampai cemuh makan sayur bayam, makan kerang pulak sampai alergik kulit.

last2 masa hujung ngandung anak ke2.. doktor kat klinik batu 30 Machang..masa ni kakma dah balik kg utk bersalin.. minta buat pemeriksaan thalesimia coz HB masih low ..
dan keputusan nya Beta thalassaemia trait.

tapi hamil anak ke 3 masa ni dah 3 tahun kakma amalkan shaklee.. dari sebelum hamil sampai lah hamil dan selepas hamil..
dengan izin Allah bacaan Hb sgt cantik.. last check Hb sebelum bersalin Khalif Mujahid ialah 14.2, wah cantik sangat bacaannya.

Selalu bacaan Hb makin turun jika kandungan makin besar tapi sejak amalkan vitamin shaklee bacaan makin naik, alhamdulillah.

 

3 beradik vitamin ni lah yg kakma makan sepanjang hamil khalif mujahid dan yang baby ke 4 ni jugak moga dipermudahkan semuanya hingga bersalin…amin

Jika anda ada thalesimia carrier macam kakma dan sedang hamil boleh lah amalkan set hamil Shaklee ini. Boleh whatsapp kakma untuk matlumat Lanjut

 

 

KEPENTINGAN MAGNESIUM SEMASA HAID

Anda Nak tau apa pentingnya magnesium masa haid?

Adakah anda dah cukup magnesium dalam diet harian? Ramai yang kekurangan magnesium tapi sebenarnya tak sedar, atau tak pernah cek.

Sebenarnya magnesium sangat penting untuk kesejahteraan kita, kaum wanita.

Magnesium ialah superhero untuk masalah2 berkaitan dengan PMS (masalah masa haid la)

1. Sakit kepala semasa haid

Ada orang dia dah tahu sakit kepala dia sebab nak datang haid. Ada kajian menunjukkan pengambilan magnesium setiap berkesan mengurangkan atau mencegah sakit kepala masa haid.

Sebab tindakan hormon boleh merendahkan magnesium & magnesium sangat membantu orang yang sering migrain.

2. Kejang – terutamanya bahagian perut

Senggugut sebenarnya disebabkan oleh kekejangan otot rahim, jadi magnesium membantu dengan merelakskan otot & mengurangkan kesakitan.

3. Mengidam makanan manis

Familiar tak? Masa period terus rasa nak makan manis. Walaupun kita rasa nak makan sangat coklat tapi sebenarnya badan meraung tak cukup magnesium. Dark coklat pilihan terbaik masa period sebab tinggi magnesium dan antioksida. Wow, boleh juga makan coklat.

4. Hormon gembira

Pernah dengar wanita berperangai pelik2 masa period? Paling pelik saya pernah dengar nak potong wayar TV. Tiap2 bulan kena standby wayar baru.

Adakah anda tahu magnesium boleh bantu tingkatkan hormon gembira, iaitu serotonin.
Jadi serotonin bantu untuk seimbangkan mood & emosi.

Selain itu, magnesium membantu kurangkan kelesuan, bantu tidur lebih lena & mengawal suhu badan.

Ini baru berkaitan haid. Kalau selalu ada masalah2 di atas, cuba lah cukupkan magnesium dalam pemakanan harian sis. In the end, sis juga yang akan rasa sangat2 lebih baik.

Perkongsian dari FB Doktor Fyda Noh

Apa Itu Scoliosis

SCOLIOSIS

Kalau anak anda selalu mengadu sakit bahu / sakit belakang, terutama nya setiap kali lepas balik dari sekolah, jangan anggap ianya semata mata sebab ‘ beg sekolah berat’.
Buat pemeriksaan lanjut, sebab ia boleh jadi simptom awal SCOLIOSIS.

Malahan dalam practice aku di klinik pun, banyak kali diagnosed kes scoliosis based on simptom sakit belakang yang kerap dalam kanak2 / remaja, terutama lepas balik sekolah.

Scoliosis juga kerap di jumpai secara tak sengaja, bila remaja / or dewasa buat pemeriksaan X Ray dada utk tujuan medical check masuk kerja / Xray sebab batuk teruk / etc. Dalam X ray dada boleh dilihat juga keadaan tulang belakang yg membengkok.

Apa itu Scoliosis?
============


Ianya satu keadaan apabila tulang belakang ( spine ) membengkok samada ke kiri, atau ke kanan. Tulang belakang bukan sahaja boleh membengkok, malahan ia boleh berputar pada paksi nya ( twisting) .

Scoliosis boleh terjadi pada semua peringkat umur, tapi paling biasa pada umur sekitar 9, 10 tahun hingga 15 , 16 tahun. Pada peringkat ini, tumbesaran akan cepat berlaku, utk kanak2 perempuan seawal usia 9 tahun, dan lelaki, 12 tahun. Proses pecutan tumbesaran tulang belakang yang abnormal pada usia ini lah yang menjadikan Scoliosis. Ini lah kes kes majoriti Scoliosis, sekitar 80% kes, dipanggil Adolescence Idiopathic Scoliosis ( AIS).
AIS kalau tak di rawat / follow up , boleh menyebabkan tulang belakang makin bengkok…kerana proses AIS ini selalunya berlangsung utk tempoh 2 – 3 tahun.

Faktor Keturunan
=============
Scoliosis ada hubung kait faktor keturunan. Jika ada ahli keluarga terdekat yg ada keadaan scoliosis ni, maka anda perlu ambil berat tentang tulang belakang anda / anak2 anda.

Jantina
=======
Majoriti kes scoliosis melibatkan remaja perempuan.

Simptom?
=========
Kerap sakit belakang / sekitar bahu ke bawah.
Baju boleh jadi tak muat sebelah badan.
Kadangkala, tiada simptom (peringkat awal).

Kalau scoliosis teruk, ia boleh beri kesan pada pernafasan ( dimana otot2 paru2 melekat pada tulang rusuk).

Tanda ( Sign ) ?
===========
– Nampak tulang belakang senget ( bila bukak baju, lihat belakang)
– Bahu senget sebelah
– Pinggul senget sebelah
– Bila berdiri, pesakit kerap senget kan sebelah badan ( cuba nak balance)
– Kaki panjang sebelah — postur jalan tak betul ( sebab tulang pinggung senget)

Screening for AIS:
==============
Sebab peringkat awal AIS tak de simptom, maka seeloknya buat screening proses. Mudah ja.
Boleh buat sendiri di rumah.
Buat test yg dipanggil Adam’s Forward Bend Test (lihat gambar).
Suruh anak buat postur macam rukuk dalam solat, Lihat dari belakang / atau depan…kalau ada scoliosis / AIS, maka kita boleh perasan ada bonggol tulang rusuk ( rib hump).

Kalau Adam’s Forward Test positif, bawak anak jumpa doktor..biar doktor sah kan..dan mungkin perlu x ray.

Rawatan
=========
Bergantung kepada berapa teruk scoliosis, rawatan nya terdiri dari fisioterapi , hingga lah ke pembedahan tulang belakang.

Pemakaian brace juga kadangkala perlu utk elak tulang makin membengkok dalam fasa 2-3 tahun pecutan pembesaran tu.

Scoliosis yang melibatkan baby & kanak2 kecil selalunya tak perlu rawatan, sebab over time ia akan pulih sendiri bila mereka membesar.

 

perkongsian dari FB Doktor

Testimoni Set Vitamin Shaklee Untuk Sakit Tibi

Petang semalam kakma bertanya khabar customer  yang beli set Vitamin Shaklee untuk sakit tibi yang beli Vitamin sakit tibi ni pada bulan November 2018.

Kakma memang ada ramai customer sakit tibi ni. Kadang kadang hampir setiap hari kakma di hubungi oleh pesakit atau sedara mara bertanya set Vitamin untuk pesakit tibi.

Sedih pulak kakma memikirkan, nampaknya ramai yang dijangkiti sakit tibi sekarang ni.

Dan paling penting kakma tanya dulu mereka buat rawatan hospital ke tak? Ini kerana mereka wajib follow rawatan hospital bila dah kena tibi ni, kerana kuman tibi ini bahaya jadi rawatan hospital sangat penting.

Dalam masa sama kakma sarakan ambil suplement untuk kuatkan antibodi iaitu imun badan untuk elak penyakit lain yg senang serang pesakit tibi ini kerana pesakit tibi mempunyai imun badan yang sangat lemah. Suplemen juga menbantu membaiki sel-sel yg rosak akibat serangan kuman tibi dan bantu sembuhkan batuk.

Paling kakma seronok bila customer kakma kongsikan berat badan mereka dah naik. Ramai sgt yg mengadu masa kena serang tibi berat badan memang turun banyaka dan memang susah nak naik. Dan ini adalah salah satu tanda anda diserang sakit tibi.

Suplemen adalah makanan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi badan ug hilang dan tidak cukup semasa diserang penyakit tibi. Ia juga membantu meningkatkan antibodi badan , bila antibodi kuat baru lah badan pun sihat kan.

 Kakma kongsikan sorang customer kakma ni kena tibi masa ngandung, masa suami beliau cerita sedih sangat, beliau kesian tengok isterinya, sentiasa letih yerlah sakit lagi mengandung lagi kan ,tu yang suami sanggup belikan vitamin untuk bantu isteri dia bertenaga masa hamil. Alhamdulillah isterinya pun dah selamat bersalin , syukur sangat 

Inilah set Vitamin Shaklee untuk sakit Tibi yang Customer kakma amalkan.

Jika anda ada sakit tibi dab ingin matlumat lanjut mengenai set vitamin shaklee untuk sakit Tibi  boleh Hubungi kakma.

Bagaimana nak dapatkan Set Vitamin Sakit Tibi?

Cara pertama
Boleh terus beli di website shaklee klik di Sini membeli terus dengan Shaklee. Anda boleh buat bayaran secara debit card atau kad kredit , jangan risau ia adalah web rasmi shaklee yang di jamin selamat. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

 

Cara kedua
Anda terus hubungi kakma untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin mana yang paling sesuai untuk anda dan anda akan mendapat tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian melalui kakma.

Sekiranya anda berada di sekitar sentul , taman dato senu, kg padang balang, bomgak , gombak setia, batu caves , setapak, sri rampai , wangsa maju atau sekitar Kuala Lumpur anda boleh dapatkan vitamin secara COD atau yang berjauhan kakma mengunakan perkhidmatan poslaju untuk pos kepada anda.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

Promosi Vivix Shaklee Jan 2019

PROMOSI VIVIX SUPER JIMAT JAN 2019

Anda ingin dapatkan Vivix dengan harga lebih jimat? Anda telah berjumpa orang yang tepat , saya Maisarah Id Shaklee 887111 adalah Pengedar Shaklee yang Sah sejak 2012. Saya telah berjaya menjual vivix lebih 100 botol setahun. Saya juga pengamal Vivix Shaklee sejak 2013.

Promosi Vivix Shaklee

Apa anda akan dapat Jika Vivix Sekarang? 

Dengan Pembelian 2 Botol Vivix.

  • Layak mendapat 10% Diskaun
  • Free Membership Bernilai RM65
  • Free Postage Bernilai RM10
  • Free Cooler Bag Bernilai RM29
  • Cash Back 5% Bersamaan RM34

 

Inilah yang Anda akan dapat selepas Pembelian 2 botol Vivix

Hubungi Saya Sekarang Untuk dapatkan Vivix dengan Harga Promosi

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi berlaku apabila darah yang mengalir di saluran darah (arteri) mempunyai tekanan yang lebih tinggi dari biasa.

Tekanan darah diukur melalui berapa jumlah darah yang di pam oleh jantung, berbanding berapa jumlah rintangan terhadap pengaliran darah di dalam arteri kita.

~Bacaan darah

Systolic Pressure:
Tekanan darah apabila jantung berdegup ketika mengepam darah. Bacaan tekanan sistolik yang normal ialah di bawah 120 mmHg.

Diastolic Pressure:
Tekanan darah apabila jantung berehat di antara degupan. Bacaan tekanan diastolik yang normal ialah di bawah 80 mmHg.

Bacaan tekanan darah ditulis dengan cara nombor Sistolik di atas nombor Diastolik. Contohnya, 118/75 mmHg. 118 ialah bacaan Sistolik, manakala 75 ialah bacaanDiastolik. Tekanan darah yang lebih tinggi dari 120/80 mmHg di kategorikan sebagai tekanan darah luar biasa.

Antara tanda-tanda individu yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah:
✅ Kerap sakit kepala
✅ Mudah penat atau keliru
✅ Masalah penglihatan
✅ Sakit dada
✅ Sukar bernafas
✅ Degupan jantung luar biasa
✅ Darah di dalam air kencing

Jika anda terdapat dalam tanda-tanda yang mempunyai tekanan darah tinggi lebih baik membuat pemeriksaan dn berjumpa doktor dengan segera.

Hidung Sering Tersumbat dan Berdarah Tanda Anda Terkena Kanser Hidung?

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di khabarkan menghidap Kanser Hidung. Apa itu kanser hidung?

Kanser hidung ni kanser yang terjadi di kawasan yang dipanggil Nasopharynx. Nasopharynx ialah kawasan di belakang tekak ( selepas rongga hidung, dan berhampiran dengan dasar tengkorak — rujuk gambar anatomi). Sel sel yang melaputi kawasan nasopharynx ini boleh bertukar menjadi sel kanser, dan terjadilah kanser nasopharynx.

Dalam istilah medical, ia dipanggil Nasopharyngeal Cancer, atau NPC.

NPC ialah kanser ke 5 yang biasa terjadi di Malaysia ( setelah kanser buah dada, kanser usus besar, kanser paru paru & kanser pangkal rahim, cervical cancer)

FAKTOR RISIKO NPC

Genetic factor:
NPC adalah rare di Barat. Namun ia sangat biasa di kawasan Selatan China ( Southern China), di Asia Tenggara, dan Utara Afrika. Utk kita di Malaysia, NPC paling biasa di jumpai buat mereka yang berketurunan Cina. Dan kaum Bidayuh di Sarawak juga di dapati berisiko untuk menghidap NPC berbanding kaum lain.

Virus factor:
Kajian mendapati, jangkitan sejenis virus yg dinamakan Epstein Barr Virus, EBV meningkatkan risiko NPC. Namun bukan semua yang pernah dijangkiti EBV akan develop NPC. Saintis percaya ada antara mereka yg dijangkiti EBV, telah diganggu DNA sel nasopharynx mereka.

Environmental factor (Persekitaran):
– Merokok, alcohol.
– Gemar ,makan ikan & sayur yang di awet, seperti ikan masin, sayur jeruk. Makanan sebegini mengandungi bahan yang dipanggil Nitrosamines, yang mana nitrosamine ialah Carcinogen. Apa itu carcinogen? Carcinogen ialah bahan yang berupaya mengakibatkan kanser.
Ada juga kajian menunjukkan kurang Vitamin C memainkan peranan.
– Occupational exposure, yakni pendedahan di tempat kerja seperti habuk kayu, asap, pun main peranan.

Umur & Jantina:
– NPC biasa terjadi sekitar uur 30 – 50 tahun.
– Nisbah pesakit lelaki : perempuan ialah 3: 1

APA SIMPTOM NPC?

– Simptom paling biasa ( sekitar 60%) ialah benjolan di leher. Yang bengkak / benjol ini ialah biji kelenjar yang membengkak. Dan benjolan ini tidak sakit. Jadi, kalau ada apa apa benjolan di kawasan leher yang tak surut selepas 2 – 3 minggu, sila rujuk doktor ASAP.

– Simptom lain yang mewakili 30% simptom ialah simptom berkaitan hidung, antaranya:
* Hidung berdarah
* Hidung tersumbat yang makin teruk hari ke hari
* Darah dalam air liur / kahak
* Kurang deria bau

– Simptom simptom lain antaranya ialah simptom pada telinga seperti sakit dalam telinga / kurang pendengaran / bunyi berdesing dalam telinga.

– Boleh juga ada simptom yang umum seperti sakit kepala, sakit pada muka, sakit sekitar mata, penglihatan terganggu. Simptom2 umum ini selalunya terjadi bila ia melibatkan saraf yang ditekan oleh kanser.

BAGAIMANA NPC DI DIAGNOS?

Pesakit perlu rujukan ke pakar ENT. Biopsi tisu akan di ambil dan dikaji di makmal. Selanjutnya memerlukan test lain seperti CT Scan / MRI.

RAWATAN NPC

NPC sangat sensitif pada rawatan radioterapi, maka radioterapi ialah rawatan yang menjadi pilihan utama. Namun ada kes yang memerlukan juga chemotherapy. Pembedahan agak jarang dilakukan.

PROGNOSIS

Prognosis NPC adalah sangat cerah kalau NPC di kesan & di rawat pada peringkat awal. Kadar utk hidup 5 tahun selepas di diagnos ( 5 years survival rate) adalah tinggi sekitar 80 – 90%.

Kredit : perkongsian dari FB Doktor Khairul Faizie

Macam Mana Kulit Wajah Saya Pulih Dari Serangan Jerawat

Perkongsian dari Puan Yaya mengenai masalah Kulit beliau yang diserang Jerawat. Kisah ini dikongsikan oleh beliau di Page Supermom Shaklee Story.

Ikuti kisah beliau.

Macam Mana Kulit Wajah Saya Pulih Dari Serangan Jerawat.

Assalamualaikum.. Saya yaya. Saya nak kongsikan testimoni saya sendiri tentang masalah jerawat yang telah ‘menyerang’ saya tahun lepas. Dan saya bersyukur sangat² sebab shaklee banyak sangat membantu memulihkan dengan cepat. 

Sebelum tu nak bagi tahu, kulit saya memang tak ada masalah jerawat ni. pernah jerawat dulu pun masa sekolah. itu pun tak berapa teruk sangat.

Masa bulan jun 2017 kulit saya dah menampakkan jerawat² pasir. Silapnya bila saya pakai nutriwhite tanpa toner. saya hanya pakai pencuci, makeup remover dan nightcream je. baru saya tahu betapa pentingnya toner ni. memang best sangat pakai nutriwhite ni. memang dia bersihkan sampai kedalam pori tau. tapi sebab bila dah cuci tak ‘tutup’ dengan toner so kulit tu macam terdedah dengan bakteria. ni bukan sebab nutriwhite tau tapi sebab lepas habis saya pakai nutriwhite. Masa pakai nutriwhite tu hanya keluar jerawat pasir tapi mati balik dah jerawat tu. masih ok lagi.

Lepas tu saya dah gabra sebab nutriwhite habis. Silap saya lagi, patut saya top up la lagi nutriwhite kan..tapi tak, tergoda pulak nak pi pakai pulak produk lain. (menyesal sangat² 😔) . baru pakai 2 hari kulit jadi bertambah teruk, mula tumbuh jerawat banyak. satu ni pun tak reda lagi dah keluar yang lain. terus buang. ( ni la akibatnya kan. padan muka sendiri! ) aduhaii.. betapa menyesalnya daku.

Kulit makin teruk, masa tu dah masuk puasa dah. kena pulak batuk yang kronik. sampai sesak nafas. muscle bengkak. rusuk sakit ya amat. tak boleh tarik nafas dalam². memang teruk sangat masa tu.

Bayangkan nak raya masa tu, memang takde mood raya la jawabnya. rasa tak nak keluar rumah jumpa orang. nak bagi suami tengok muka ni pun rasa malu. Memang jiwa merudum masa tu. down sangat².

Start muka jerawat tu saya makan Vitamin C, Gla complex, Alfalfa pun ada makan juga masa tu kalau tak silap, Garlic pun saya makan. siap up dose lagi. sebab antibiotik semulajadi kan, Esp pun saya minum. Masa nak raya tu saya tambah lagi Vivix. Sebab batuk pula tu kan. Jadi saya memang ikhtiar dengan shaklee je.

Alhamdulillah sangat², kulit dah mula berubah. dari jerawat nanah tu dah terus mati. jadi parut² merah. masa ni saya amal pakai masker buat sendiri dari bahan² alami ni. letak vivix juga buat masker . dan ada juga letak bawang putih ( letak kat jerawat tu )

Bayangkan dari kulit yang teruk tu tak sampai beberapa bulan je saya dah pulih. hanya dengan makan vitamin shaklee. tak pakai yang lain, tak makan benda lain pun. Bulan November 2017 tu dah licin dah kulit. tinggal parut hitam je. cepat kan. padahal teruk tau. satu muka kena. tapi pulih dah. memang vitamin² tu sangat² membantu. serius!

Tapi masa tu tak terfikir nak ambil gambar. hanya ambil bila dah reda sikit je. boleh tengok gambar ni, ni kira dah ok sikit kalau tak lagi teruk muka. jerawat besar² dan bernanah. ada yg jerawat batu juga.

oh ya! batuk pun dah ok. lepas minum vivix tu, memang ok sangat lepas tu. bila bangun pagi selalu batuk² dulu. tapi masa tu perasan bangun pagi relax je. suami pun perasan juga batuk dah banyak kurang. kalau tak silap yang batuk ni tak habis lagi sebotol vivix tu ok dah.

Cuma tang jerawat je amik masa sikit beberapa bulan macam tu. nak pulih balik dari dalam. kita tak nak baik luaran je kan. so memang start tu takut nak pakai skincare sebarangan. hanya pakai produk shaklee saja. lagi bertambah percaya & yakin la kan dengan shaklee ni.

Sekarang, dah licin. parut pun dah hilang. kalau keluar jerawat tu, memang saya tak akan picit la..biarkan je. tapi kadang² tu die keluar sekejap pastu hilang balik. haha..macam malu² nak keluar gituu..
Nak beli balik nutriwhite dah takde stok. sedihnya.. kena la tunggu youth.

Ni dah masuk skincare Youth. Terus grab full set. Kulit memang bertambah² elok. sangat² suka. hihi. nampak banyak perubahan. pori mengecil. kulit lembut. dulu ada garis kat bawah mata ni. sekarang ni takde dah.. memang banyak sangatlah perubahan. mungkin sebab saya tambah lagi dengan makan Set Cantik shaklee kan. keperluan nutrisi tu dibekalkan dari dalam juga.

Konklusinya, saya memang dah yakin dengan produk shaklee ni. banyak membantu. kalau orang nak tanya pasal set jerawat shaklee ni memang saya lagi terror la kan..haha sebab dah pernah kena dah dah pulih dengan shaklee. lagi confident nak cerita kat orang. Dan orang tengok kita pun orang percaya.

Alhamdulillah..syukur sangat².

Nak dapatkan Produk Youth Skincare ?

Hubungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila Perlu Sahaja

Nasihat Ustaz Ebit Lew – Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Sahaja

Tadi semasa di Kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.

Cuba abang tulis kebaikan isteri abang..

Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.

Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Saya tengah malam kadang sakit. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sakit kita..

Isteri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.

Bila anak sakit. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.

Tapi isteri sakit, pening, migrain, sakit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer. Kadang mengadu sakit kena marah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sakit demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri…mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sakit.

Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.

Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali mati untuk kita. 9bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…

24jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dahler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.

Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?

Susah Ke Abang?

Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sekolah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa. Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata isteri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi saw ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..

Rasulullah saw sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita disisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah buat baik terhadap isteri

Sumber : Ebit Lew

Kulit Kembali Cerah Berseri Selepas Amalkan Youth Skincare

Kulit Kembali Cerah Berseri Selepas Amalkan Youth Skincare


Assalammualaikum. Saya Ziela Razali,berumur 27 tahun. Ibu kepada 4 orang anak. Ziela mula kenal Shaklee tahun 2015. Sebelum ni Ziela pakai produk Malaysia yang amat terkenal. Mula pakai memang cantik,tapi bila dah lama mula naik ruam dan whitehead yang banyak. Sekarang Ziela pakai Youth™ sahaja.

Ziela start pakai Youth 9/03/2018

Masa tu memang tak buat skin analisis lagi. Tapi tahu la yang kulit berminyak kat T Zone,whitehead toksah kata. Boleh cabut2 pakai pengepit uban ja. 😂
Ada juga rasa macam kedutan hujung mata. Tapi abaikan ja.

23/03/2018

Dapat free skin analisis kat Skin Valet. Resultnya .. Alahai luluh hati.😣 Kulit berminyak kat T zone,whitehead banyak. Wrinkles keliling mata. Padahal nampak hujung mata ja. Pori terbuka besar dan banyak. Jeragat dah start timbul. Ada bekas2 jerawat besar akibat suka picit jerawat. Masa ni ziela terus konsisten youth. Pakai night cream, Radiance C&E.

Setelah 43 hari konsisten Youth Skincare,Ziela buat skin analisis di Youth Party Kangar. Mesin dia serupa mesin di kat Skin Valet. Masa ni kulit kering pulak dah. 😂 Ni mesti pasai malas pakai spf50. Tapiiiiiii … Pori dah normal,wrinkles takda. Tahap kolagen dalam kulit normal. Jeragat masih so so .. skin tone ja tak sekata lagi. Pakar nutritionist cakap bila waktu siang memang kena pakai spf50 walaupun tak keluar rumah dan berada di dalam rumah .Sebabnya sinaran matahari mampu menembusi hingga ke dalam rumah.

Kalau ikut kajian saintis Shaklee,result yang terbaik adalah 3 bulan pemakaian youth dan konsisten radiant5. Tak sabar nak tunggu 2 bulan lagi. Semoga kulit muda sedekad lagi 😍.

Youth memang diciptakan untuk wanita yang ingin kulit sihat,cantik dan berseri. Youth juga terbukti secara klinikal,diuji selama 8 tahun dan diuji ke atas 100 orang wanita pelbagai peringkat umur untuk memastikan keberkesanannya.

Cubalah Youth hari ni dan rasai keberkesannya sendiri.
Youth is HOPE!

Nak dapatkan Produk Youth Skincare ?

Hubungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi