Cara Atasi Sakit Senggugut Yang Sang Teruk Sehingga Setiap Bulan MC

Masalah Senggugut memang perkara biasa bagi wanita yang sudah baligh atau datang haid. Tapi ia menjadi tidak biasa bila senggugut itu terlalu teruk dan sakit.

Bila senggugut datang memang akan mengganggu rutin harian kita terutamanya yang berkerja kerana bila senggugut terlampau sakit ia membuatkan keadaan terpaksa pergi ke klinik untuk dapatkan pain killer dan terpaksa cuti sakit.

Ketahui senggugut mungkin tanda awal anda Cyst <— klik sini

Kakma ingin Kongsikan kisah yang di kongsikan oleh Puan Hasmimie sendiri mengenai pengalaman beliau yang mengalami senggugut yang teruk.

Masalah Senggugut Semakan Berkurangan Selepas Amalkan Ostematrik dan GLA Complek Shaklee


Assalamualaikum. Saya hasmimie arrfin saya nak kongsikan kisah mcmne saya bebas dari masalah senggugut yang sangat teruk.

Setiap Bulan Wajib MC

Semasa bujang. Tiap-tiap bulan hari 1st datang haid memang wajib dapat MC. Sampai muka ni dah naik malu mana tidak nya. Doc yang merawat tu lelaki sampai satu tahap bila datang klinik doktor cakap ye mimie, period paint ya, doc pun dh kenal..aduhh..merah muka.

Bila diserang senggugut memang tahap berguling, tidut merengkuk menahan kesakitan yang amat sangat. Siapa yang pernah alami mesti tahu macamana sakitnya tu. Kalau hari 1st kena time dekat office memang nak jalan pun pegang dinding membongkok2 macam nenek sibongkok tiga..Sakittt..

Berkenalan dengan Ostematrik

Suatu hari alkisah bermula selepas officemate promote si putih putih melati Ostematrix kepada saya. Niat dia share pasal Oste tu sebab dia tahu saya ni jenis tak minum susu. Ingat lagi ayat dia,Adik,elok ambil kalsium ni. Sekarang masa bujang adik tak pikir lagi. Esok2 dah kawen baru adik tahu. Adik tu dah lah tak minum susu. Nanti adik menyusu baby,baby tarik semua kalsium adik adik plak tak minum susu so darimana adik nak dapat kalsium untuk adik plak?

Itu lah yang jadi reput gigi,reput tulang sbb baby dh tarik kalsium adik. Lagi 1 adik tu senggugut teruk bagus adik ambil oste ni. Sebab kalsium membantu mengekalkan otot dalam badan yang menghalang daripada kekejangan. Adik pun selalu mengadu sakit-sakit badan kalau banyak jalan dan naik tangga. Tu sebab adik kekurangan kalsium la.

Saya pulak jenis kalau kawan berniaga memang senang nak tergoda untuk membeli. Hihi. So saya pun decide beli oste pada bulan itu. Selepas mencuba sebotol siputih Ostematrix alhamdulillah haid bulan berikutnya tu saya tak diserang senggugut lagi.

Menunggu2 juga kononnya bila lah nak senggugut..hahhaa.. Waaahhh.. ini ajaib.. memang benar-benar berkesan. Badan pun dh takda sakit-sakit sangat ulang alik turun naik tangga. Dan satu lagi yang saya perasan saya dah tak perlu tunggu 3 4 hari atau kadangkala seminggu untuk membuang. Rupa-rupanya kandungan magnesium dalam Oste tu membantu otot usus menjadi lebih relaks & lancar. Najis juga lebih lembut dan lebih mudah dikeluarkan.

Bulan seterusnya saya beli Oste dan tambah GLA untuk masalah senggugut saya tu. Dan saya serta merta join jadi ahli Shaklee kerana saya sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri. 

Senggugut Tiada Lagi

Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi diserang sengugut yang sampai tahap bergulung-gulung mcm tikar mengkuang . Terima kasih officemate merangkap mak shaklee ku kerana memperkenalkan oste kepada saya.

Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya iaitu 3S : Senggugut, Sakit- sakit Badan dan Sembelit dapatkan Ostematrix & GLA hari ini juga. Pastinya takkan sia-sia 

Jika Anda Ada masalah senggugut seperti Beliau kakma memang sangat syorkan anda amalkan 2 vitamin ini. Insya ALLAH pasti akan dapat kesan seperti puan mimie.

Macam mana nak dapatkan Set Sunggugut Shaklee?
HUbungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Vivix Shaklee – 10 Kelebihan Anggur Muscadine Salah Satu Kandungan Utama Vivix

Kenapa vivix Shaklee ni sangat berkhasiat dan terbaik? untuk pengetahuan anda salah satu kandungan utama vivix adalah Anggur Muscadine yang mana memang terbukti secara saintifik mempunyai banyak khasiat.

 

Kakma kongsikan 10 Fakta tentang Anggur Muscadine yang anda perlu tahu.

Tumbuh di kawasan PANAS & LEMBAP

Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.

Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak resveraterol dan polifenol. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.

SAIZ SEBESAR BOLA GOLF

Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF! Saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.

MEMPUNYAI KULIT YANG BESAR & KERAS

Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .

BOLEH MELINDUNGI DIRI DARIPADA BAKTERIA & KULAT

Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.

Hal ini kerana anggur ini mengandungi resveraterol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.

MEMPUNYAI 20 PASANG KROMOSOM

Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.

Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.

TIDAK MEMERLUKAN SEMBURAN RACUN PEROSAK

Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak!!

MEMPUNYAI ORAC PALING TINGGI

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIES

KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

MENGANDUNGI RESVERATEROL 6X LEBIH TINGGI

Ia mempunyai kadar RESVERATROL 6x lebih tinggi dari anggur merah.

ANTIKANSER & ANTIRADANG

Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.

 

Kalau anda nak tahu, sekilo buah anggur muscadine ni mencecah ratusan ringgit. Sebab tu la Vivix ni agak mahal harganya. Walau pun harganya mahal, masih ramai yang mengamalkannya kerana kesannya terhadap tubuh badan sangat SUPERB. Nilai sebotol vivix sangat berbaloi dilaburkan untuk membantu mendapatkan kesihata  yang sudsh tentu lagi mahal nilainya.

Macam mana nak dapatkan Vivix Shaklee?

HUbungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi 

Sakit Kepala Mungkin Migraine Atau Mungkin Penyakit Yang Lebih Serius

Anda ada tanda tanda sakit migraine? Kakma nak kongsikan satu tulisan yang di tulis oleh Doktor Khairul Faizie di FB beliau yg sangat berguna untuk kita. Mungkin kita sedang mengalami Sakit kepala adakah ianya sakit migraine?

Ada ramai patient yang datang dengan aduan ” saya migraine “. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala. Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hingga lah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri ciri nya.

Apa itu migraine?
==============

Secara mudahnya utk faham , migraine ialah:
1- Sakit kepala yang cirinya berdenyut denyut ( throbbing pain).Sakit berdenyut denyut ini agak kuat atau sangat kuat ( bukan sakit kepala biasa, sikit sikit)

2- Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri, atau kanan.

3- Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas kebas.

3 perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. 3 perkara ini yang biasanya doktor akan tanya utk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.

Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan ( seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak ) dijalankan dan di dapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.

Faktor keturunan?

Migraine memang di ketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.

Peringkat umur?

Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak kanak jarang di laporkan, antara sebabnya kanak kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.

Bagaimana migraine di diagnos?

Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yg mungkin menyebabkan sakit kepala, di ketepikan. ( Diagnosis of exclusion). Makna nya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang ( lumbar puncture) utk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda. Andai semua test ini negatif hasilnya, dan ciri ciri sakit kepala nya menepati 3 kriteria yg di tulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine headache.

Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yg di suspek migraine, perlu jalani test yang di tulis tu. Ramai yg di diagnosed based on ciri ciri simptom nya sahaja, dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak di ikuti simptom2 lain yang bahaya / warning simptom.

Punca migraine?

Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak, dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik di dapati ada main peranan.

Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak di ketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil ” trigger factor”. Tiggers factor nya ada yg bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan.
Kena kenal pasti trigger faktor, dan cuba elak kan. Lain orang, lain trigger factor nya.

Antara trigger factor nya ialah:
– datangnya haid
– stress
– terlampau gembira / murung / kerisauan ( anxiety)
– kurang rehat / kurang tidur
– faktor makanan seperti caffeine, coklat, buah buahan citrus.Juga makanan yg ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk, dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese.

– faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising , bauan yg kuat / mengganggu, perubahan cuaca.

Fasa fasa migraine

Sebenarnya, ada 4 fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa fasa ini, dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je ( fasa ke 3).

Penting untuk memahami fasa fasa migraine ini, sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.

Fasa 1 : Prodrome
Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung utk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘ pre- headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tiba nya simptom sakit kepala. Sekitar 30 % – 40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.

Antara simptom Fasa 1 ialah:
– sakit leher
– rasa penat
– food craving
– mengantuk atau menguap berlebihan
– sembelit atau cirit
– sukar utk fokus
– rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan
– perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah

Fasa 2 : Aura.
Sekitar 20 – 25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini.
Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.

Ada 2 jenis aura yang biasa di alami oleh pesakit migraine.
Auditory Hallucination dan Visual Hallucination.

Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud ( auditory hallucination)
– Nampak perkara yg tidak wujud ( visual hallucination ) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak/ jadi blurred vision, walhal mata& penglihatan sebenarnya normal.

– Vertigo, iaitu perasaan rasa berpusing ( bukan pening)
– Simptom allodynia, iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit..ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.

Fasa 3: Headache
Ini lah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa.
Ajaib nya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Makna nya mereka tidak sakit kepala ! Ini dipanggil migraine aura without headache.

Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni di ciri kan sebagai:
– sakit berdenyut denyut
– sakit pada sebelah kepala
– sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa
– tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam
( bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital).

-sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal.
– rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus ( sebab penglibatan saraf trigeminal di muka).
– rasa mual / muntah
– sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan ( osmophobia), bila ada bunyi ( phonophobia) dan pada cahaya ( photophobia).

Fasa 4: Postdrome
Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.

Antara simptom Fasa 4 ialah:
-keletihan
– mood jadi rendah / hilang mood
– sukar beri tumpuan
– sukar buat keputusan

Jenis Jenis Migraine

1) Migraine with aura
Iaitu migraine yang ada simptom aura ( Fasa 2 ) seperti yg dijelaskan.

2) Migraine without aura
Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs ( simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.

3) Migraine aura without headache
Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.

Maka, fahami dulu penerangan ringkas yg aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.

Insya Allah, dalam tulisan berikut nya, aku akan tulis tentang rawatan migrane .

 

Moga bermanfaat.

Sengugut Teruk Semasa Haid Mungkin Tanda Anda Ada Ovarian Cyst

Senggugut semasa haid mungkin perkara biasa yang dialami oleh kaum wanita , tetapi jika keadaan sakit senggugut terlalu sakit dan berterusan ia mungkin tanda awal anda ada Ovarian Cyst.

Antara tanda tanda lain seseorang wanita itu ada Cyst ialah

  • Haid tidak teratur adakalanya datang terlalu lama dan kerap dan ada juga keadaan tidak datang haid setiap bulan.
  • Sakit ketika melakukan hubungan suami isteri
  • Perut Buncit seperti Hamil dan keras
  • Perut terasa senak dan ngilu
  • Sakit Belakang dan pinggang
  • Muntah atau Pening Kepala
  • Sukar Hamil
  • Kerap Keguguran
  • Sakit Lutut dan Tumit
  • Kerap buang air kecil antara 10 hingga 15 kali sehari
  • Selalu Kekejangan Otot
  • Selalu kembung perut
  • Keputihan teruk 

Baca Lanjut mengenai Cyst <—– disini

Cara Kesan dan Rawatan Cyst

  • Ujian ultrasound / CT Scan boleh membantu mengesahkan status cyst ini.
  • Rawatannya bergantung pada saiz cyst, usia pesakit, kekerapan kesakitan berlaku dan jenis cyst itu sendiri.
  • Jika berisiko tinggi, pembedahan untuk mengeluarkan Cyst tersebut daripada ovari dan sampel sel diuji samada mengandungi sel kanser atau tidak.
  • Jika Cyst terlalu Besar apa yang ditakutkan ia sudah merosakkan rahim atau tiub Fallopian dan terpaksa di buang situasi ini sangat menyedihkan bagi kaum wanita.

Kakma nak kongsikan satu cara yang boleh anda ikhtiar untuk kecutkan Cyst yang sudah ramai cuba dan berkesan.

Testimoni 1

Cyst berukuran 5cm hilang selepas 2 minggu amalkan vitamin Vivix , carotomax dan Gla Complek

Testimoni 2.

Cyst berukuran 10Cm kecut menjadi 2 cm setelah amalkan Vivix shaklee.

 

Testimoni 3

Cyst Clear selepas 8 bulan amalkan Gla complek dan set ACE dan 2 bulan amalkan vivix shaklee.

Jika anda nak dapatkan vitamin untuk kecutkan Cyst boleh Hubungi saya

 

  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md Saupi  

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Kanser Buah Pinggang Sembuh setelah Konsisten Makan Vitamin

Perkongsian Dari Fb Master Haji Roslan Ghazali

Dah lupa pakai tongkat
(Kisah benar)

Petang tadi saya di kunjungi biz leader level kedua Dr Zarina Mahmood seorang Doktor pakar di Hospital Selayang.

Beliau bawa ibunya Hajah Fatimah berumur 88 tahun yang dulu mengidap penyakit 3 serangkai (jantung, kencing manis dan darah tinggi).

Beliau didiagnos kanser buah pinggang yang kronik dan sudah berkerusi roda tahun lepas, setelah berbincang dengan keluarga, Keluarga bersetuju untuk tidak buat operation atau kemo sebab umur yang lanjut.

Dr Zarina memberi produk shaklee terutamanya vivix 2 kali sehari.

Alhamdulillah sekarang bengkak kaki dah surut dari tak boleh berjalan sekarang dia lupa tongkat dan dapat berjalan sendiri.

Semua medical report ada d hospital Selayang , anaknya pun seorang doktor pakar. Ini bukan over claim ya.

Bagusnye makcik ni sebab dia amat disiplin makan product shaklee tanpa di suap.

Cuma saya agak teruja seorang Doktor pakar sanggup redah hujan dari Rawang ke Kemensah unutk coaching dan amat yakin dengan masa deapn shaklee, anda bagaimana?

Real Story Real People

#shakleeEffects

Nak dapatkan Vivix Shaklee? Hubungi saya

 

  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md Saupi  

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak Aktif Cod

Anda mencari Pengedar Shaklee Aktif di Bintulu Sarawak? Susah nak dapatkan Produk Shaklee area Bintulu Sarawak ? Nak Cod produk Shaklee area Bintulu Sarawak ?

Kakma nak kenalkan Pengedar Shaklee Bintulu di bawah group kakma OMS yang sangat aktif COD Shaklee di Bintulu Sarawak iaitu Puan Asiah Anuar ( 0198855676 )

Kenali Lebih Dekat Puan Asiah Anuar

Anda boleh hubungi Puan Asiah Pengedar Shaklee aktif secara online dan juga aktif secara COD di Bintulu Serawak. Beliau adalah Pengedar Shaklee sejak 2016 dan sangat berwibawa dan mahir tentang Produk Shaklee.

READY STOK UNTUK PELANGGAN DI BINTULU

Insya ALLAH Puan Asiah Pengedar Shaklee Bintulu ada ready stok jika anda ingin COD dan beliau akan hantar terus ke tempat anda melalui temujanji.

Konsultansi dan Cara Makan Yang Betul

Bila anda buat pembelian dengan Puan Asiah, anda akan dapat konsultansi dan cara makan yang betul mengikut vitamin yang anda beli sehingga anda dapat kesan yang anda inginkan. Anda akan mendapat konsultansi berterusan dari beliau. Beliau dan keluarga juga adalah pengguna shaklee sejak 3 tahun lepas.

Daftar Ahli untuk Lebih Jimat

Jika anda inginkan harga jimat anda boleh terus mendaftar ahli dengan beliau akan guide anda tentang produk dan jika anda ingin jadikan Shaklee sebagai Bisness , Puan Asiah boleh tunjuk ajar anda. Ini kerana beliau merupakan Leader Shaklee sejak 2016 lagi.

 

GROUP SUPPORT TERBAIK DAN AKTIF

Anda buat pilihan tepat jika mendaftar ahli dengan Pengedar Shaklee Bintulu ini kerana beliau berada di bawah bimbingan Presidential Master yang mempunyai rangkaian group terbesar di malaysia iaitu IREACH dan SUPERMOM SHAKLEE yang pernah capai sale 5 juta sebulan.

 

Hubungi Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak

 

ASIAH ANUAR
[ID: 1198543]
Call/sms/ whatsapp : 0198855676
Email: asiahanuar92@gmail.com
FB: Asiah Anuar
Blog : www.asiahanuar.blogspot.com

Cara Kita Raikan Me-Time Mungkin Berbeza Namun Semua Kita Perlukannya

Kakma suka baca tulisan dari mentor Bisness merangkap upline kakma master Lyna Noh mengenai erti Me-time , memang tak di nafikan kita sebagai seorang ibu dan isteri memang memerlukan me-time , tapi bagaimana kita enjoy me-time kita mungkin berbeza.

Jom baca tulisan beliau mungkin dapat membantu kita semua.

 

“Saya tak ada peluang pun nak keluar walaupun sekejap, adakah saya terus terperangkap dalam stress kerana tak ada me-time?”

Satu mesej singgah di inbox saya.

Beliau adalah seorang surirumah yang PJJ (suami bekerja di negeri yang jauh). Kelurga pun jauh. Saban hari beliau menjalankan rutin bersama anak-anak.

Stress. Ya, sangat stress. Tapi seolah2 tiada jalan. Untuk mengikut suami adalah tak mungkin kerana tugasnya di tempat yang ‘remote’.

Bagaimana nak me-time?

Sebab itu kita kena faham mitos2 me-time ni.

Kalau me-time itu keluar shopping, mungkin me-time bukan hilangkan stress, tapi bertambah stress bila duit makin susut’

Kalau me-time itu keluar minum2 dgn kawan, mungkin me-time tambahkan stress bila hati asyik risaukan anak yang ditinggalkan.

Me-time adalah masa-masa utk kita membelai diri kita. Masa kita luruskan apa yang patut diluruskan. Masa kita kembalikan semula siapa diri kita yang sebenar.

Me-time adalah masa untuk kita slowdown, susun semula apa yang serabut dalam otak, luruskan semula perancangan2 dan rutin harian kita. Nikmati semula kehidupan kita sebagai DIRI KITA.

Lain orang lain cara me-time mereka. Ada orang me-time dgn bersosial. Ada orang me-time dgn bersendirian. Ada orang me-time dgn seseorang.

Kalau tak tahu cara me-time yang bagaimana perlu kita buat, sesuaikanlah dgn cara hidup masing2.

Jika tak boleh tinggalkan anak, samada tiada orang jaga atau tak sampai hati nak tinggal sejam dua, uols boleh buat aktiviti me-time dgn anak2 di depan mata. Anak2 kita ni, tidaklah 24 jam kita nak perhatikan dia saja kan? Ada masa dia tidur, ada masa dia main, ada masa dia rehat… semasa anak2 dalam situasi tak perlukan perhatian kita sangat, itulah antara waktu utk me-time.

Boleh buat apa? Baca buku, mengaji, baca Terjemahan, tengok movie, chitchat dgn kawan, mengait, menjahit, berkebun, lipat baju, bersenam… eh macam2 lah.

Me-time akan buat kita lebih menikmati kehidupan kita… bukan utk lari seketika dari kehidupan rutin. Lari lari pun tak ke mana, nanti kena balik juga. Stress balik.

Tapi macamana kalau tak sempat pun nak buat semua tu? Hari2 terkejar2.

Sebenarnya sendiri pernah alaminya. Saya rasa “TAK SEMPAT” “TAKDE MASA”. Dan bila kita rasa kita tak sempat, kita memang takkan sempat.

Dan akhirnya saya berfikir… “Sampai bila aku nak macam ni?” Ye lah asyik tak sempat aje kan.

So, saya tukar. “Sempat ni” “Masa tu ada”. Masha Allah memang sempat sangat2.

Sebelum ni mgkn tak sempat sbb asyik fokus ‘tak sempat’. Dan sebab rasa tak sempat tu, saya tak pernah sit back & relaks.. saya biarkan diri tenggelam dalam masalah tak sempat tu. Sampai tak sempat nak fikir pun.

Dan bila saya ambil masa, susun fokus dan fikir lurus2… sebenarnya banyak je masa! Ada je masa boleh diselit2. Dan akhirnya ia jadi biasa dah.

Ingat, tiada masalah yang kita hadapi ni tiada penyelesaian atau hikmahnya. Cuma mungkin kita tak nampak sbb kita rasa tak sempat nak belai diri sendiri.

Pengedar Shaklee Muar Aktif COD 0173498449

Kakma nak kenalkan Pengedar Shaklee Muar di bawah group kakma OMS yang sangat aktif COD Shaklee di Muar Johor iaitu Puan Nor Masdiana Che Deris ( 0173498449 )

Kenali Lebih Dekat Puan Nor Masdiana Che Deris

 

Anda boleh hubungi Puan Masdiana Pengedar Shaklee aktif secara online dan juga aktif secara COD di Muar Johor. Beliau adalah Pengedar Shaklee Muar sejak 2017 dan sangat berwibawa dan mahir tentang Produk Shaklee.

READY STOK UNTUK PELANGGAN DI MUAR

Insya ALLAH Puan Masdiana Pengedar Shaklee Muar ada ready stok jika anda ingin COD dan beliau akan hantar terus ke tempat anda melalui temujanji.



Konsultansi dan Cara Makan Yang Betul

Bila anda buat pembelian dengan Puan Masdiana, anda akan dapat konsultansi dan cara makan yang betul mengikut vitamin yang anda beli sehingga anda dapat kesan yang anda inginkan. Anda akan mendapat konsultansi berterusan dari beliau. Beliau dan keluarga juga adalah pengguna shaklee sejak 5 tahun lepas.

Daftar Ahli

Jika anda inginkan harga jimat anda boleh terus mendaftar ahli dengan beliau akan guide anda tentang produk dan jika anda ingin jadikan Shaklee sebagai Bisness , Puan Masdiana boleh tunjuk ajar anda. Ini kerana beliau merupakan Leader Shaklee awal tahun 2018 lagi.

GROUP SUPPORT TERBAIK DAN AKTIF

Anda buat pilihan tepat jika mendaftar ahli dengan Pengedar Shaklee Muar Pn Masdiana ini kerana beliau berada di bawah bimbingan Presidential Master yang mempunyai rangkaian group terbesar di malaysia iaitu IREACH dan SUPERMOM SHAKLEE yang pernah capai sale 5 juta sebulan.

Hubungi Pengedar Shaklee Muar Johor

NOR MASDIANA CHE DERIS [ID: 1290987]
Call/sms/ whatsapp : 0173498449
Email: normasdiana82@gmail.com
FB: https://m.facebook.com/Nor Masdiana
Blog : www.vitaminmasdiana.blogspot.com

Hidung Anak Sentiasa Berdarah, Andakah Ianya Normal?

Hidung berdarah mungkin sesuatu yang biasa bagi kanak-kanak, tapi hati seorang ibu bila melihat keadaan anak yang sentiasa mengalami hidung berdarah memang amat merisaukan.

Kakma nak kongsikan kisah Puan Sabariah yang menceritakan keadaan anak beliau yang kerap batuk dan selsema serta hidung kerap berdarah. Jom kita baca kisah beliau apa tindakan beliau ambil untuk atasi keadaan anak beliau selalu selsema , batuk dan hidung berdarah.

ANAK SEMAKIN SIHAT. TIADA LAGI SELESEMA JAHAT PENYEBAB HIDUNG BERDARAH

 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera.

Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan.

Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya, Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin.

Anak Sentiasa Selsema

Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi yang menakutkan itu.

Hidung Berdarah

Ketika berusia setahun, saya perasan hidung Adam selalu berdarah. Kadang kala darah keluar dari hidung pada waktu malam ketika sedang tidur lena. Saya hanya perasan darah kering di pipi Adam dan cadar penuh dengan darah pada sebelah pagi. Pernah darah keluar banyak dan terdapat ketulan darah yang membimbangkan saya. Perkara ini berlarutan sehingga umur Adam 2 tahun 7 bulan.

Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, saya beritahu masalah hidung berdarah kepada doktor. Doktor maklumkan bahawa perkara tersebut biasa berlaku apabila anak-anak selesema dan ketika suhu badan panas.

Pertengahan tahun 2017, Adam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan batuk selesema yang berpanjangan. Doktor mengesahkan Adam mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. Allah.., betapa sedihnya saya ketika itu. Anak sekecil Adam terpaksa duduk dalam wad, menahan sakit jarum suntikan dan setiap kali perlu ambil darah.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya setiap kali mendengar Adam meronta-ronta minta dilepaskan. 5 hari berkampung di hospital dan akhirnya Adam dibenarkan untuk pulang.

Doktor memberi temujanji untuk berjumpa pakar ENT di hospital berikutan masalah hidung Adam yang kerap berdarah. Pada hari temujanji, doktor pakar mengesahkan tiada apa-apa yang serius pada Adam. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Namun dalam hati bertekad untuk mencari alternatif lain untuk mencegah masalah batuk, selesema punca hidung Adam selalu berdarah daripada berulang.

IKhtiar Dengan Omega Guard

2 bulan lepas setelah sekian lama saya menyepi daripada team Shaklee, Alhamdulillah. Allah gerakkan hati saya untuk aktif semula bersama team OMS. Saya kembali dengan semangat baru dan berazam untuk maju dalam kerjaya SID saya. Melalui kelas dan bimbingan yang saya perolehi daripada mentor-mentor group OMS, saya mencuba berikhtiar dengan Omega Guard Shaklee. Untuk kanak-kanak sekecil Adam yang tidak boleh menelan kapsul vitamin, saya pecahkan sebiji Omega dan masukkan dalam bancuhan susu Adam dan bagi Adam minum setiap malam sebelum tidur.

Perkembangan Positif


Dan hasilnya, Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menemukan penyelesaian untuk segala ikhtiar saya selama ini. Hidung Adam dah tak berdarah lagi. Selesema yang menjadi rakan baik Adam sebelum ini dah pergi jauh-jauh. Batuk juga semakin berkurang. Tiada lagi insiden baju dan kusyen kereta kotor dengan muntah akibat batuk berpanjangan. Adam semakin ceria, membesar dengan sihat dan aktif.

Semoga Adam sentiasa sihat walafiat dan bebas dari batuk, kahak dan selesema penyebab hidung berdarah. Alhamdulillah, syukur sebab saya dipertemukan dengan Omega Guard.

Saya juga bersyukur kerana bukan setakat Adam semakin sihat, malah saya juga dapat menjana pendapatan dengan Shaklee. Alhamdulillah.

********************************************************************************

Jika anak anda ada masalah seperti anak puan Sabariah , kakma sangat syorkan anda ikhtiar dengan Omega Guard , kakma sendiri pun memang bagi anak2 makan Omega Guard.

Banyak Manfaat Omega Guard ini untuk Anak2 antaranya Ialah

  • Menguatkan imun badan
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mencairkan Kahak
  • Melegakan Batuk
  • Mencerdaskan Minda
  • Mencantikkan kulit

Hubungi Saya

Maisarah Md Saupi

Hp : 019-3624134

 

Hyperthyroid Sudah Stabil Dan Tak Perlu Bergantung Dengan Ubat Lagi

HYPERTHYROID SUDAH STABIL & TAK PERLU BERGANTUNG DENGAN UBAT LAGI


Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.

Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.

Tanda- Tanda Yang di alami

Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.

Bergantung Ubat Tiroid

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.

Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.

Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.

Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju… Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.

Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.

Saya terus ambil megadose Vivix & NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.

Sistem Imun Lemah
Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.

Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.

Amalkan Suplemen Shaklee

Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.

Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya dan bantu kuatkan balik sistem imun saya.

Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?

Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.

Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.

Anda nak tahu lanjut mengenai Suplemen Shaklee untuk Hyperthyroid boleh hubungi saya. Saya akan bantu anda dan syorkan suplemen palaing sesuai dengan anda.
HUbungi saya
  • Call/ Whatsapp : 019 3624134 
  • Email: kmshop143@gmail.com
  • FB: Mai Md saupi