Apa Itu Kemandulan Dan Punca Terjadinya Kemandulan

Apa itu Kemandulan? Keadaan bagaimana seseorang itu di katakan Mandul? dan Apakah punca Kemandulan?

 

 

Kemandulan atau nama lainnya Infertility merupakan suatu keadaan di mana seorang wanita itu tidak dapat hamil dalam masa 12 bulan selepas perkahwinan. Ataupun keadaan di mana ketidakmampuan menghasilkan anak (pensenyawaan). Kemandulan bukan sahaja boleh berlaku kepada wanita tetapi Lelaki juga berisiko mandul.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Kampung Baru, Dr. Zambri Abdul Rahim , dari kajian yang dijalankan 40 peratus kemandulan disebabkan faktor lelaki, 40 peratus perempuan 10 peratus lagi adalah kedua-duanya sekali.

Apakah Punca Kemandulan

Ada 6 punca terjadinya Kemandulan  yang selalu di temui iaitu :

Peningkatan Usia

Bila seorang wanita meningkat usia, telur (ovum) yang dihasilkan akan berkurangan dan kemungkinan telur yang di hasilkan juga tidak berkualiti. Bila keadaan ini berlaku proses untuk pensenyawaan itu tidak berlaku.

Macam mana nak tingkatkan potensi Hamil —> baca di sini

Masalah Ovulasi

Setiap wanita ada proses ovulasi setiap bulan iaitu penghasilan ovum yang matang yang akan dilepaskan untuk disenyawakan oleh sperma. Jika wanita ada masalah dalam proses Ovulasi ini maka Ovum yang dihasilkan tidak dapat di lepaskan, terutamanya jika berlakunya PCOS (Polycystic ovary syndrome).  Hormon yang tidak seimbang juga adalah faktor utama mengapa ovulasi tidak tetap. Bila proses Ovulasi tidak terjadi di mana Ovum yang matang tidak dilepaskan maka proses pensenyawaan tidak akan terjadi.

 

Sumbatan Tiub Follopio

Sumbatan pada Tiub Follopio terjadi apabila berlakunya jangkitan kuman pada serviks atau rahim dan merebak ke pelvis. Kuman ini akan menyebabkan tiub  Follopio tersumbat. Tiub Follopion merupakan tempat di mana proses pensenyawaan antara ovum dan sperma akan berlaku jadi bila tiub follopio tersumbat maka pensenyawaan tidak akan berlaku di mana sperma tidak dapat sampai ke ovum kerana terhalang oleh sumbatan tersebut.

 

Fibroid

Fibroid adalah pertumbuhan sel yang tidak normal pada rahim (uterus). Kajian menunjukkan 40% wanita mengalami masalah Fibroid. Sperma dan Ovum yang telah melalui proses pensenyawaan akan melalui proses penempelan di dinding uterus , tetapi dengan adanya fibroid proses ini akan terganggu dan jika berlaku pun selalunya akan berlaku keguguran.

fibroid

Endometriosis

Endometrosis iaitu lapisan rahim yang dipanggil tisu endometrium yang tumbuh di luar kawasan hingga pengeluaran benih terganggu.
Tisu endometrium tumbuh hanya di bahagian dalam rahim, tetapi kadang kala ia tumbuh di luar rahim, biasanya dalam organ-organ pembiakan (ovari, tiub fallopian) atau dalam kes yang jarang berlaku, ia tumbuh pada usus kecil, dubur atau pundi kencing.
Endometriosis boleh menyebabkan tiub fallopian tersumbat dan boleh merosakkan ovari.

Kemandulan Lelaki

Kemandulan lelaki berkait rapat dengan masalah Sperma iaitu dari segi bilangan sperma ataupun kualiti sperma (motility). untuk Mengetahui keadaan yang sebenarnya pihak suami perlu melakukan pemeriksaan lanjut. Ujian yang di lakukan dipanggil ujian simen : pemeriksaan ini akan melihat 4 benda:

  1. Jumlah Air Mani , dimana sepatutnya setiap kali injekulasi akan hasilkan 1.5ml – 2.0ml jika berkurangan kemungkinan ada masalah struktur atau hormon.
  2. Bilangan Sperma , di mana normalnya dalam 1ml air mani akan ada 20 juta bilangan sperma , jika berkurangan potensi untuk hamil lagi rendah
  3. Pergerakan Sperma (Motility) , yang mana normalnya 50% sperma mesti bergerak aktif jika kurang dari itu maka peluang untuk sperma mensenyawakan ovum adalah kurang.
  4. Keadaan Sperma  iaitu akan lihat bentuk , saiz dan morfologi sperma, ini kerana banyak kes sperma yang ada adalah abnormal . Sepatutnya sperma yang normal ada 3 bahagian iaitu kepala , badan dan ekor.

Bagaimana nak tingkatkan bilangan sperma dan motility Sperma –> klik sini 

Apakah Rawatan Kemandulan

Sebelum membuat apa apa rawatan pasangan perlu menjalani beberapa ujian dan pemeriksaan bagi mencari puncanya untuk memastikan rawatan yang sesuai. Biasanya rawatan akan memakan masa yang lama dan mahal pula harganya oleh itu pasangan hendaklah bersabar.

Kini terdapat pelbagai kaedah yang boleh membantu pasangan mendapat zuriat. Antaranya ialah

IUI iaitu kaedah pengambilan air mani dan diletakkan ke dalam ovari (rahim) isteri. Kaedah ini memerlukan saluran falopian yang normal dan suami yang bilangan spermanya kurang tetapi sihat boleh menjalani rawatan ini

”Kadangkala ada yang mendapat kembar dan adalah menjadi matlamat doktor yang merawat mereka bagi memastikan mereka mengandung serta mendapat zuriat bukan mengandung dan berakhir dengan keguguran,” katanya.

Melalui kaedah ini 10 hingga 15 peratus berjaya mendapat zuriat.

GIFT pula satu kaedah mensenyawakan telur dengan air mani kemudian di letakkan kembali ke dalam saluran falopian.

ART ialah kaedah persenyawaan yang dilakukan di luar rahim kemudian di masukkan ke dalam rahim.

IVF kaedah yang popular di luar negara iaitu bayi tabung uji di mana telur dise-nyawakan dalam tabung uji. Apabila telah menjadi embrio diletakkan ke dalam rahim. Kaedah ini kadang-kadang kurang berjaya jika air mani tidak dapat menembusi telur seterusnya gagal menghasilkan zuriat.

ICSI suntikan air mani dalam telur kemudian dimasukkan ke dalam rahim.

Kejayaan kaedah ini banyak bergantung kepada usia pasangan, berapa lama tidak mendapat zuriat dan juga masalah pasangan.

Amalkan Suplemen

Selain melakukan rawatan pasangan juga boleh berikhtiar dengan mengamalkan suplemen yang mana ramai yang telah berjaya hamil dengan hanya mengamalkan suplemen dan kosnya pun tidak terlalu mahal berbanding melakukan rawatan di atas.

Suplemen Suami

Coq Trol , Vitamin E , Zinc , Omega Guard

  • melindungi sperma daripada rosak akibat radikal bebas

Memberi tenaga kepada sperma bagi meningkatkan Motiliti (pergerakkan sperma)

  • membantu meningkatkan jumlah air mani
  • meningkatkan bilangan / kuantiti dan kualiti sperma
  • membantu menghasilkan sperma yang sihat, matang berkualiti dari segi bilangan , saiz dan bentuk
  • meningkatkan kelestarian seksual
  • menyuburkan sel sel dan organ reproduksi lelaki
  • melancarkan peredaran darah
  • meningkatkan kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan memelihara kesihatan otak dan sendi
  • meningkatkan penghasilan hormon testosteron seterusnya meningkatkan Libido
  • melindungi kesihatan prostat
  • memelihara kesihatan jantung
Suplemen Isteri

Coq Trol, GLA Complek , ESP, B Complek , Alfala Complek

  • membantu menstabilkan hormon
  • memanjangkan tempoh subur
  • membantu menghasilkan mukus serviks yang berkualiti untuk proses pensenyawaan
  • meningkatkan tenaga dalam proses ovulasi
  • membantu menghasilkan telur (ovum) yang sihat, matang berkualiti
  • melindungi sel daripada rosak akibat radikal bebas
  • membantu mencegah kecacatan tiub neutral
  • menstabilkan kitar haid yang sangat penting untuk proses ovulasi
  • meningkatkan daya seksual
  • menguatkan rahim
  • membantu mengawal stress
  • membantu pembentukan sel darah merah

Tengok Testimoni Mereka yang Berjaya Hamil —> Di sini

BAGAIMANA NAK DAPATKAN SUPLEMEN DI ATAS?

Cara 1

Beli secara online di laman eSell  —>  ( klik sini ) . Set KESUBURAN LELAKI Shaklee akan dihantar terus oleh pihak Shaklee (M) selepas pembayaran diterima.

Cara 2

Hubungi saya di talian 0193624134 ( http://www.wasap.my/60193624134 ) untuk saya bantu anda buat pembelian, pendaftaran ahli untuk lebih penjimatan, dan pertanyaan lanjut. Jujurnya, saya lebih recommend cara no. 2 kerana lebih jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee.

CARA 3

Jika anda berada berhampiran dengan stokis shaklee anda boleh gunakan id saya 887111 untuk membuat belian dan jika anda berada  di sekitar gombak dan sentul dan Kuala Lumpur anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. untuk Pertanyaan, Tempahan dan Temujanji

Call/ Whatsapp : 019 3624134 / http://www.wasap.my/60193624134                                             

Email: kmshop143@gmail.com

FB: Mai Md saupi 

Jadual makan “SET KESUBURAN ” akan diberikan eksklusif buat customer Vitamin Cinta . 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *