10 CARA MENJAGA DAN MENGATASI KULIT ECZEMA

Kulit Eczema memang banyak terjadi sejak akhir-akhir ini, Oleh itu Kakma nak kongsikan 10 cara menjaga dan mengatasi kulit eczema terutamanya baby. Memang tak di nafikan memang rumit untuk menjaga dan mengatasi kulit eczema terutamanya baby dan kanak2, banyak pantang larang yang perlu kita ikut. Kalau kita tak jaga memang boleh jadi makin teruk, memang sedih tengok lagi2 kalau baby.
 
10 cara menjaga dan mengatasi kulit eczema
 
10 cara menjaga dan mengatasi kulit eczema
 
1) Elakkan penggunaan sabun mandi, bahan kimia atau sabun pencuci pakaian yang terlalu kuat atau boleh menghakis kulit. seperti ” bubble bath” , garam mandian ( bathing salts ) atau minyak wangi boleh menyebabkan inflamasi lebih teruk. Jika salah guna produk keadaan akan bertambah teruk.
2) Jangan menggaru, menggosok dan mengopek kulit. Ia akan semakin teruk dan lambat sembuh.
3) Sentiasa menyapu krim dan pelembap pada bahagian kulit yang ekzema.

4) Bagi mereka yang ada masalah kulit eczema elakkan pakaian yang diperbuat daripada bulu (wool) dan linen, pakaian ini boleh menyebabkan kulit lebih gatal. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah terbaik.
 
5) Jangan teredah terlalu lama dalam persekitaran yang terlalu panas atau sejuk, ini kerana kulit yang ada eczema tidak tahan panas dan terlalu sejuk ia akan menyebabkan kulit terlampau kering dan sakit.
 
6) Jauhi mainan yang berbulu (soft toys) ini kerana kulit eczema sangat sensitif kepada mainan yang berbulu.
 
7) Elakkan penggunaan penyapu atau feather duster. Penyapu sebegini akan menyebabkan habuk berterbangan. Gunakan kain lap yang lembab untuk membersihkan permukaan yang berdebu.
 
8) Elakkan daripada menggunakan karpet di rumah, ini kerana karpet akan mudah memeragkap habuk.
 
9) Elakkan daripada memelihara binatang, terutamanya binatang berbulu.
 
10) Kuatkan sistem imun badan, kalau baby usahakan bagi hanya susu ibu dan jika kanak2 boleh lah bagi vitamin untuk upkan imun badan mereka.

One Reply to “10 CARA MENJAGA DAN MENGATASI KULIT ECZEMA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *