9 AKTIVITI YANG BOLEH BUATKAN BAYI BAHAGIA

Bukan kita je nak bahagia bayi pun nak bahagia? apa yang boleh buatkan bayi bahagia? Kakma nak kongsikan 9 aktiviti yang boleh buatkan bayi bahagia. Kakma sendiri dah amalkan cara ni memang menjadi. Seronok sangat bila tengok bayi kita gembira dan ketawa..kalau balik kerja walau letih tapi bila tengok anak kita senyum ketawa rasa hilang semua penat.

9 aktiviti yang boleh buatkan bayi bahagia  

 1. Panggil Namanya

Walaupun masih bayi jika kita selalu panggil nama mereka lama2 mereka akan beri respon.Lagipun bila kita panggil nama sama kita mendoakan bayi kita, sebab tu penting kita bagi nama yang elok buat bayi kita.
Ketika berusia 7 bulan bayi begitu gembira apabila ada seseorang berbual dengan mereka dan selalunya bayi akan beri respons dengan gumaman.

dah kenal nama sendiri, masa ni umur 5bln

2. Bermain bersama

Selalunya bayi 7 bulan ke atas dah pandai bermain.Cuba ajak bayi anda bermain ba-ba-cak dengan gaya menutup muka dengan tangan dan buka, pasti bayi kita akan tersenyum.Bayi kakma Mujahid suka sangat sampai dia yang ajak kita bermain.Kakma selalu buat kat dinding bilik, sampaikan kakma tengah solat pun dia ajak bermain ba-ba-cak..seronok dengar Mujahid gelak.Bahagia sangat.Kita juga boleh guna kain2 nipis tutup muka bayi dan tarik sambil sebut ba-ba-cak…mesti bayi akan gelak dan tersenyum.
Suka sangat kalau dapat main ba-ba-cak


3. Bercerita

Selalu bercerita semasa buat apa2 aktiviti bersama bayi kita, contohnya semasa salin lampin bayi, mandikan atau memakaikan pakaian.
Semasa tukar lampin kakma selalu cakap “jom sayang pakai pampers dulu, nanti kita pakai baju cantik, nanti kita boleh pergi jalan2.”
Semasa pakaikan baju kakma selalu cakap “kita pakai tangan kanan dulu baru kiri nanti dapat pahala”.
Jika kita selalu bercerita bayi pun boleh belajar kosa kata, sebolehnya elak daripada menggunakan bahasa pelat (bahasa bayi) gunakan bahasa sempurna.
 

4. Keluar Rumah

Selalulah bawa bayi keluar dari rumah untuk melihay dan merasakan indahnya persekitaran di luar rumah.Kakma selalu perhatikan setiap kali keluar rumah walau keluar untuk ambil anak2 dari sekolah Mujahid seronok sangat.Jika bayi kita belum boleh berjalan, kenalkan bayi dengan angin, bau udara sekitar atau aroma seusai hujan.Boleh juga kenalkan bayi dengan bentuk kenderaan dan bunyi.Bagi bayi yang dah boleh berjalan boleh bawa berjalan atas rumput, pasir dan air.Menapak di lantai mereka dah biasa,tapi kalau dirumput atau pasir menjadi luar biasa baginya.

Seronok sungguh Mujahid dapat bermain kata luar rumah

5. Bebas Menjelajah

Bermain mainan bersifat pembelajaran memang bagus untuk menjadikan bayi pintar tapi bukan bererti hanya mainan tersebut yang boleh buat bayi pintar. Kita perlu biarkan bayi bebas eksporasi apa pun yang ada sekeliling bayi kecuali barang2 yang membahayakannya .Biarkan bayi bermain dengan cara mereka sendiri. Tapi kalau main macam kat bawah ni ibu2 perlu lah bersabar sedikit.

Suka sangat dia dapat sepahkan kain baju yang ummi dah lipat

6. Matikan Televisyen

Jika kita matikan televisyen masa bermain, berkomunikasi dan beraktiviti dengan bayi akan lebih banyak. Pilihlah aktiviti yang boleh dilakukan bersama bagi merangsang perkembangan otak bayi.
 

7. Berikan Sokongan

Jika bayi anda dapat buat apa2 puji mereka, bayi akan rasa di hargai oleh ibu bapa.Contohnya kakma selalu beri 1 bekas dan minta Mujahid kutip lego masukkan dalam bekas tersebut dan bila mujahid berjaya masukkan kakma akan tepuk tangan lama2 Mujahid pun dah pandai tepuk tangan sendiri.Cara ini akan buatkan bayi kita membesar menjadi anak yang berani dan yakin diri.Selain bagi sokongan kita juga perlu bagi cadangan dan bagi contoh yang betul.
Hari2 tangok ummi tulis slip pos dia pun sibuk nak tulis  juga

8. Bacakan Buku

Bila kita selalu bacakan buku ia bagus untuk buat bayi kita membesar nanti cintakan buku.Bacakan buku dengan nada yang sesuai dengan bayi kita.Ia akan membuatkan bayi kita belajar bunyi asas, pola dan ritma suara daripada cara kita membaca dan belajar mendengar aneka suara untuk pelbagai karakter. Aktiviti ini juga mampu mengasah anak mendengar dan mengigat.
Kakak ajar Mujahid huruf hijaiyah
Mujahid belajar dengan Abang dan Kakak

9. Tidur Siang

Bayi yang baru lahir sehingga usia y bln tidur sekitar 75% atau 18 – 20 jam sehari. Bayi perlu waktu tidur yang secukupnya bagi proses perkembangan fizikalnya.Ketika bayi berusia 6 bln waktu tidurnya berkurang sekitar 12- 15 jam sehari ini terjadi akibat perasaan ingin tahu untuk eksplorasi.Tapi kita perlu pastikan waktu rehat dan tidur siang secukupnya.Kakma memang perhatikan jika ada ramai berkumpul memang mujahid tahan mata tak nak tidur kerana seronok bermain.
Seeloknya jangan ganggu bayi saat sedang tidur siang ini kerana bayi yang kurang tidur siang akan lebih mudah meragam. 
Lena tidur
pantang masuk kereta dapat econ tidur
Ini lah 9 aktiviti yang boleh buatkan bayi bahagia, anda bolehlah cuba lakukan bersama bayi anda. Harap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibumuda terutamanya yang baru saja mendapat cahaya mata pertama.
happy sharing
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *