RISIKO AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT PUNCA KECACATAN JANIM DALAM KANDUNGAN

Tidak di nafikan risiko amalan pemakanan yang tidak sihat punca kecacatan janim dalam kandungan.Jadi setiap ibu harus pandai memilih apa yang boleh dan tidak boleh di makan semasa kehamilan dan seeloknya sebelum kehamilan lagi ibu perlu ambil peduli. Ini kerana setiap pemakanan yang tidak sihat memberi kesan kepada kandungan. Setiap ibu bapa mengharapkan bayi yang bakal dilahirkan cukup sifat dan sihat.Jadi Ibu harus menjaga amalan pemakanan sejak awal lagi.

 

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan dari kecacatan janim.


Makan Makanan Sihat
Kita perlu makan makanan yan sihat ini kerana kita adalah apa yang kita makan.Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang amat diperlukan oleh tubuh. Setiap hari kita perlu mengambil makanan berupa karbohidrat, sayuran, susu, protin.

Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil dan teruskan sehingga bersalin. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan dan semasa kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.Info lanjut tentang risiko kekurangan asid folik boleh baca di sini

Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya kita berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang kita kandung lahir dengan berat badan yang kurang dan berisiko besar untuk cacat.


Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol  yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.Lagipun sebagai Islam agama kita sangat melarang kita mengambil alkohol dan hukumnya haram.

Ikut Nasihat Doktor
Jika kita perlu mengambil apa-apa ubatan kita harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Mengikut kajian ini membuktikan amalan pemakanan tidak sihat menjadi punca kecacatan janim di dalam kandungan. Oleh itu kita perlu menjaga amalan pemakanan kita dan perlu membuat pemeriksaan kandungan di klinik mengikut masa yang ditetapkan agar tiada masalah yg terjadi.
Jika anda mencari makanan tambahan semasa hamil bagi melengkapkan nutrisi harian anda boleh baca di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *