RESEPI MASAK LEMAK UDANG SENANG TETAPI SEDAP

Kakma nak kongsikan resepi masak lemak udang senang tetapi sedap. Sejak puasa lepas dah 8 kali kakma makan masak lemak udang campur nenas. 2 kali adik ipar kakma masak, 6 kali lagi lagi kakma masak sendiri guna resepi adik ipar kakma. Adik ipar kakma ni memang pandai masak memang sedaplah kalau dia masak. So kakma nak kongsikan resepi Masak lemak Udang. Kakma guna udang Galah dan tambahkan nenas senang tetapi sedap.

 
 
Sedapkan? Memang selera kalau dapat berbuka puasa dengan masak lemak udang ni.
 
Ok kakma kongsikan resepinya.
Bahan2:
1. Udang ( selalu kakma beli udang galah rm15 dapat 13 ekor)
2. Bawang merah 3 *
3. Bawang putih 2 *
4. Lengkuas besar ibu jari tgan *
5. Kunyit hidup *
6. Lada kecik-letak *  4 or 5 biji kalau nk pedas lagi boleh letak lebih
7. Garam secukup rasa
8. Santan- kalu buleh guna santan pekat tak perlu tambah air, sebab air udang akan turun nanti
9. Nise ( gula melaka) 1 inci
10. ASam keping-1
11. Nenas 3 potong
12. Minyak-3 sudu besar
 
Udang Galah segar
 
Cara Masak
Tumbuk semua yg bertanda * smpai lumat..pahtu tumis kejap smpai naik bau.. lepas tu letak santan,garam,nise dan nenas, tunggu mendidih kejap..pahtu letak udang last skali.
 
Ok selamat mencuba resepi masak lemak udang yang kakma kongsikan ini..nanti dah masak kongsilah gambar kat komen yer…
Jaga2 yer makan udang ni tak boleh selalu kena kawal jugak takut bacaan Kolestrol tinggi.. Baca sini kalau nak tahu Cara turunkan bacaan kolestrol Jahat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *